Widget Random Post No.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hjrah

As-Salam para pembaca. Alhamdulillah, kita sudah pun masuk 4 Syawal 1439 Hijrah. Masih belum terlewat untuk kami di Blog MdFaizalNizam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin.

Tahun ini kita menyambut Hari Lebaran dengan keadaan pemerintahan Kerajaan Malaysia yang baharu. Mudah-mudahan perubahan yang dikehendaki rakyat ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada musim perayaan ini semua orang mahu berada dalam kegembiraan dan kebahagian. Oleh itu janganlah kita cemarkan dengan air mata kesedihan. Kawal pemakanan anda, jangan sampai masuk hospital kerana "overdosed" ketupat, lemang dan rendang.

Kepada yang memandu pulang, berhati-hati di jalan raya. Patuhi had laju dan jangan benda bukan-bukan di atas jalan raya, contohnya memotong menggunakan lorong kecemasan, tidak memberi isyarat apabila hendak membelok atau membuat pusingan U di tempat yang tak dibenarkan buat pusingan U.

Buat anak-anak sekalian, sila jauhi mercun seadanya, jika sudah kehilangan jari, mata dan telinga, penyesalan sudah tidak berguna. Letupan mercun memang memeriahkan suasana tetapi jika salah langkah, adik-adik pula yang akan memeriahkan hospital.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Daripada Kami di Blog MdFAIZAL NIZAM
Faizal Nizam, Hawa Achmad, Alisha Tihani & Firas Aydan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hjrah Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hjrah Reviewed by faizalnizam on June 18, 2018 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.