Widget Random Post No.

Selasa Yang Memenatkan

Assalamualaikum kawan-kawan yang dihormati sekalian (macam nak bagi ucapan hari sukan sekolah pula). Pagi tadi dah buat entri berbahasa Inggeris berkenaan samada perlukah tuan punya blog membalas komen-komen pembacanya pada entri tuan blog itu sendiri. Pada 19 Jun 2010 saya ada menulis tentang niat saya untuk tidak lagi berblog dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Maka pada malam ini tiba giliran untuk menulis entri berbahasa Melayu pula. Sebelum itu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang memberi respon dalam entri sebelum ini. Hari Selasa merupakan salah satu hari dalam seminggu yang akan membuatkan saya agak penat kerana kelas tamat jam 6.00 petang.

Kelas petang-petang begitu memang fokus pun sudah tiada. Waktu itu yang ada dalam kepala otak ialah untuk balik dan cek blog. :) Disebabkan jadual kelas yang sedikit "pack" hari ini, saya lambat untuk membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh kawan-kawan.

Tiada apa-apa yang menarik berlaku hari ini. Mungkin saya sedikit "excited" semasa belajar International Law II kerana saya sudah berjanji pada diri sendiri untuk lakukan yang terbaik berbanding semester lepas semasa saya mengambil International Law I.

Semester akhir ini sememangnya mencabar. Saya harap segalanya akan berjalan lancar. Sudah jam 1150 malam. Saya memerlukan rehat yang secukupnya. :D

p/s: Selamat bertemu dengan hari Rabu kawan-kawan!
Selasa Yang Memenatkan Selasa Yang Memenatkan Reviewed by faizalnizam on July 13, 2010 Rating: 5

14 comments:

  1. Bro, international law ni basically tentang ape?ada baca entri kat chamber of knowledge tapi tak dapat tangkap sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. hai fyzal
    all the best yer
    abg senior!
    hehehehe

    ReplyDelete
  3. psst,... rasanya entry ko nnt tulis bahasa mlyu je la... sbb hehhehehehehe B.ingglish ni aku lemah sikit... hehhe

    ReplyDelete
  4. wahh.
    tak nak taip entry bi dah??.
    kenapa?.
    ur english is superb okay..
    hehe.

    good luck utk sem akhir!.

    ReplyDelete
  5. Moga semuanya dipermudahkan.
    Amin..

    *ambik course apa bro

    ReplyDelete
  6. @4454583625052607857.0

    bro.. aku dah reply persoalan ni kat blog bro. thanks for asking.

    ReplyDelete
  7. @5754609290377333857.0

    hai nis
    thanks and all the best for you as well
    akak senior
    hehehehe

    ReplyDelete
  8. @619741138412360556.0

    hahaha.. bro, takboleh convert semua dalam Bahasa Melayu. drastik sgt tu. kena pelan2. :)

    ReplyDelete
  9. @1567015458205785908.0

    eh, entri BI still taip lagi. cuma blog ni bukan fully english dah la. campur2 entri bahasa melayu untuk menambah prospek readers. :)

    thanks for the compliment but my english not that good la. just the broken one :)

    and thanks for the wish as well.

    ReplyDelete
  10. @Fyzal

    dah baca penjelasanmu bro, thanks ^_^ tapi setakat mana international law boleh kenakan israel tu?

    ReplyDelete
  11. @7246232766702782191.0

    Amin. Thanks bro.

    Aku buat course legal study bro atau dengan kata lain course law. :)

    ReplyDelete
  12. @767590624694744219.0

    orait bro.. aku dah respon balik kat blog bro gak. thanks for asking dan itu je yg aku mampu jawab bro. kalau tak memuaskan hati, mintak maaf sgt2 bro.

    ReplyDelete
  13. @8703815034300364276.0

    ok thanks a lot,

    teruskan perjuangan!^_^

    ReplyDelete
  14. @6381570000360901278.0

    orait bro. no prob.
    and thanks as well.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.