Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Ogos 1964

Ada orang berpendapat apalah ada dengan sejarah. Ia sesuatu yang sudah berlalu, jadi usah dikenang lagi. Tetapi secara logiknya, jika tiada sejarah, bisakah kita nikmati dan kecapi apa yang kita ada sekarang. Sejarah juga akan membuatkan kita membuka mata tentang siapa kita sebenarnya.

Sejarah adalah pengajaran. Sejarah juga adalah pendorong. Sejarah yang tidak baik, kita jadikan ingatan untuk ke arah perubahan yang positif. Sejarah yang gemilang, kita usahakan supaya sejarah sebegitu berulang.

Semalam kita sudah ketahui perkara yang terjadi pada 19 Ogos 1959. Jadi apa pula sejarah yang pernah berlaku tanggal 20 Ogos?

20 Ogos 1964
Satu seminar Pertubuhan Perkumpulan Wanita yang pertama telah dilangsungkan di Ibu Pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor pada 20 Ogos 1964. DYMM Tengku Ampuan Selangor telah merasmikan seminar pertama disertai oleh kira-kira 100 orang yang mewakili setiap buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Hadir sama dalam seminar tersebut ialah YB Datin Fatimah Hashim, Datin Thomson, Cik Lily Majeed, Puan Navaratnam dan tokoh-tokoh wanita lain. Menteri Kebajikan Am, Tuan Hj. Abdul Hamid Khan yang juga turut hadir dalam Majlis perasmian tersebut menyatakan rasa gembiranya kerana pertubuhan ini telah bergerak cergas untuk kepentingan kaum wanita.

Dengan berlangsungnya Seminar Pertubuhan Perkumpulan Wanita yang pertama tersebut diharapkan kaum wanita akan dapat memperdalamkan ilmu pengetahuan masing-masing ke arah mempertingkatkan kemampuan perjuangan untuk menegakkan kepentingan kaum wanita di negara ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Ogos 1964 Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Ogos 1964 Reviewed by faizalnizam on August 20, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. @9131649679388844195.0

    hahahaha.. thumbs up bro.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, ramai wanita banyak ilmu sekarang..diharapkan dapat mengamalkan ilmu sebaiknya..jgn terjerumus dgn maksiat pula, begitu gak kaum lelaki

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.