Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 19 Ogos 1959

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian dan selamat hari Khamis. Pagi ini mendapat berita yang tidak disangka-sangka iaitu "class cancel" sebab pensyarah ke KL menghadiri seminar. Terus celik mata apabila dapat mesej yang sebegitu.

Hari ini 19 Ogos 2010 bersamaan 9 Ramadan 1431 Hijriah. Ramadan merupakan bulan yang tersangat mulia buat seluruh umat Islam, manakala Ogos pula bulan yang bermakna buat rakyat Malaysia kerana dalam bulan ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan.

31 Ogos 2010 ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 dan tema kali inilah "1 Malaysia Menjana Transformasi".

Sebenarnya setiap hari yang kita lalui, dalamnya ada sejarah. Maka apa kata kita imbas sejarah yang berlaku pada hari ini - 19 Ogos!.

19 Ogos 1959
Pilihanraya  Umum  Parlimen  pertama  di  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  diadakan pada 19 Ogos 1959. Ini merupakan kali pertama cara-cara  memperuntukkan  kerusi  serta  perjalanan  pilihanraya  ditentukan  sendiri oleh  penduduk  Tanah Melayu tanpa  paksaan  penjajah  Inggeris.

104 kerusi telah dipertandingkan. Keputusannya ialah Parti  Perikatan menang  74  kerusi, PAS  menang  13  kerusi, Parti Barisan  Sosialis  menang 8 kerusi, Parti  Progresif  Rakyat  menang  4 kerusi, Perti  Negara 1 kerusi, Parti  Malaya  1 kerusi, Bebas  3  kerusi  manakala  Parti  Demokratik  Bersatu  dan  Parti Tindakan  Rakyat  gagal  memenangi  sebarang kerusi.

Dengan  kemenangan  besar  Parti  Perikatan,  Tunku  Abdul  Rahman  selaku  ketua  parti  dan  Perdana  Menteri  telah  membentuk kabinetnya yang  bebas  dari  tekanan  dan  campurtangan  Inggeris. Sebuah  kerajaan  yang  bebas  dan  berdaulat  dalam  sebuah  negara  yang  merdeka  telah  berjaya  ditubuhkan. 

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 19 Ogos 1959 Hari Ini Dalam Sejarah: 19 Ogos 1959 Reviewed by faizalnizam on August 19, 2010 Rating: 5

23 comments:

  1. huhu.. peminat sejarah kah??

    ReplyDelete
  2. sedap jugak tema tahun nih..

    ReplyDelete
  3. thanks for info bro :) kadang sejarah negara ni ada banyak tak tau lagi..

    ReplyDelete
  4. thanks for info bro :) kadang sejarah negara ni tak tau sangat

    ReplyDelete
  5. huuuu waaaa
    sejarah niee
    lame dah tak bace mende2 mcm niee
    tq3x

    ReplyDelete
  6. @7710473224526469690.0

    takpe bro.. mana yg boleh tu, kita sama2 kongsi pasal sejarah negara. penting tau sejarah supaya kita boleh kenal jati diri kita. bulan2 Ogos, terlebih patriotik pulak. :)

    ReplyDelete
  7. @915127881377529785.0

    minat jugak la :D

    ReplyDelete
  8. @1662047711938603452.0

    sedap tema ni.. harap2 tema ni reflect transformasi Malaysia secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  9. @6555496617398778986.0

    new knowledge right nis?
    :) good for us.

    ReplyDelete
  10. im suck with history time kt skola :)rase nye teaching approach yg problem. bosan ;p

    ReplyDelete
  11. @4814034601042235843.0

    your welcome. no problem.
    glad to share some history stuff. :)

    ReplyDelete
  12. konfirm dulu2 sejarah dpt A memanjang...
    hehe...
    ouh...tu ke moto merdeka tahun ni??
    bru thu

    ReplyDelete
  13. @289298364810706688.0

    yerp.. history teaching approach memang sentiasa membosankan. I think there should be a special method in teaching history so students will be interested to learn it.

    ReplyDelete
  14. the theme is not attractive
    xlebih drpd populariti

    ReplyDelete
  15. @8105320112286472290.0

    bro.. i believe different people have different perspectives on that theme.

    so i'm okay if you think it is just for the sake of populairty. :)

    the most important thing is how a person appreciate the Independence in his/her heart and reflects it through his/her attitude.

    ReplyDelete
  16. @3847176380321884694.0

    :) dapat A memanjang tu takde la bro.
    just minat jer.

    yerp.. that the theme for this year.

    ReplyDelete
  17. merdeka merdeka... apa lg pasang bendera ler...

    ReplyDelete
  18. owh,first time pilihanraya ke?
    huhu. teringat balik time sekolah, lagi2 buku teks sejarah. huhuh

    ReplyDelete
  19. @6483325395821490066.0

    glad to share something useful :)

    ReplyDelete
  20. @5238977885436078938.0

    hehehehe.. awal-awal lagi dah pasang bendera.

    ReplyDelete
  21. @5837031062112435346.0

    hehehe.. buku sejarah dulu-dulu memang boring.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.