Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 21 Ogos 1860

Untuk segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 21 Ogos kita akan mengimbau lebih jauh ke belakang iaitu sekitar tahun 1800. Pada waktu ini pembahagian negeri-negeri Melayu adalah secara "pecah dan perintah" iaitu terdiri daripada Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Jadi apakah yang pernah berlaku pada tanggal hari ini 21 Ogos dalam tahun 1860?

21 Ogos 1860
Pada hari ini dalam tahun 1860 telah berlaku perbalahan di antara pelombong-pelombong tempatan iaitu Dato Kelana Sending Sungai Ujong, pembesar-pembesar Rembau dan Sri Menanti. Perbalahan yang akhirnya mengakibatkan pergaduhan antara dua pihak itu adalah berpunca dari tindakan pembesar-pembesar tempatan mengenakan cukai tambahan sebanyak empat ribu ringgit kepada pelombong-pelombong itu yang dahulunya hanya dikenakan cukai 1 ringgit satu kepala di samping bayaran tol yang tetap dan cukai ke atas bijih.

Kemarahan pelombong-pelombong itu tidak dapat dibendung dan tanpa mengendahkan nasihat Penghulu Rembau dan Dato Kelana Sending, mereka telah mula mengancam ketenteraman orang-orang tempatan. Akibatnya pada hari ini dalam tahun 1860 kedua belah pihak telah bertempur dan mengakibatkan kematian salah seorang ketua kumpulan pelombong-pelombong itu ialah Kapitan Shin Kap.

Setelah mengalami kekalahan yang teruk pelombong-pelombong itu telah melarikan diri ke negeri-negeri jiran dan meminta perlindungan dan campurtangan British. Mereka menuntut gantirugi akibat peristiwa itu. Walaupun tidak ada usaha dibuat untuk mendapatkan gantirugi itu tetapi pihak berkuasa British di Melaka telah cuba memujuk agar Dato Kelana Sending melepaskan kuasanya ke atas Sungai Linggi.

Menyedari yang kekuasaannya tidak begitu kuat, Dato Kelana Sending telah menyatakan hasratnya untuk membuat perjanjian perniagaan dengan pihak Kerajaan British di mana pihak British dikehendaki mengawal Sungai Linggi dan dibenarkan mengenakan cukai 10% kepada semua bijih yang dibawa dari lombong-lombong di Sungai Ujong.

Kerajaan Negeri-Negeri Selat bukan sahaja telah bersetuju dengan cadangan perjanjian itu malah telah mencadangkan pula supaya seorang Penolong Residen ditempatkan di Linggi bagi menyelesaikan masalah perniagaan di antara pedagang-pedagang British dengan pedagang-pedagang bumiputera dan juga untuk membina sebuah balai polis di Simpang.

Bagaimanapun semua hasrat dan cadangan itu tidak menjadi kenyataan. Namun, pada akhir tahun 1860 seramai lima ribu orang pelombong telah kembali ke Sungai Ujong dan mula bekerja semula di lombong-lombong yang ditinggalkan itu.

Peristiwa seperti ini merupakan salah satu faktor penting kepada terjadinya campurtangan Inggeris di Sungai Ujong dalam tahun 1874.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

p/s: Apabila kita tidak bersatu, bertelingkah dan berpecah belah, maka akan ada pihak ketiga (biasanya golongan opportunis) masuk campur demi kepentingan sendiri, sekaligus menyebabkan kita yang bertelingkah ini mengalami kerugian. Sejarah telah membuktikannya.
Hari Ini Dalam Sejarah: 21 Ogos 1860 Hari Ini Dalam Sejarah: 21 Ogos 1860 Reviewed by faizalnizam on August 21, 2010 Rating: 5

18 comments:

  1. :)
    suka suka.
    fyzal dh cm cikgu sejarah
    :D

    ReplyDelete
  2. alamak derr,,,
    dah jadi ruangan sejarah plak..hikk3
    mmg la kau ni minat sejarah...

    ReplyDelete
  3. gigih org melayu ni melombong tika kala pose2 gini...

    ReplyDelete
  4. @3636223633301128242.0

    dulu2 ada juga niat nak melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah. hehehehe.

    ReplyDelete
  5. @3047225277204563328.0

    hahaha..minat sampingan jer bro.
    igt nak teruskan je segmen ni sampai hujung tahun nanti.
    :D

    ReplyDelete
  6. @4586225842261820518.0

    aku tak sure la plak bro kalo tahun 1860 tu puasa jatuh bulan Ogos. :)

    ReplyDelete
  7. @4706372230594618426.0

    history is actually interesting. :D

    ReplyDelete
  8. fav subjek sejarah...dah lama tak baca fakta sejarah..tq for sharing ya

    ReplyDelete
  9. Lama betul meninggalkan subjek sejarah. Dulu minat belajar ni sebab cikgu Sejarah Kak Azie sangatlah hensem! ahaks!

    ReplyDelete
  10. i just love history, dude.

    selamat berbuka.

    ReplyDelete
  11. wah! hebat la ko ni bro! aku psl sejarah ni smua dh lupa semenjak dh hbis sekola ni... hehe

    ReplyDelete
  12. @6008227499821036701.0

    welcome. :)

    ReplyDelete
  13. @5969762570054022348.0

    hehehe. cikgu pun memang mempengaruhi minat untuk belajar.tambah-tambah lagi subjek macam sujek sejarah.

    ReplyDelete
  14. @4276745545488120005.0

    we're in the same boat. history is just nice.

    ReplyDelete
  15. @2726311764811664815.0

    tak hebat pun bro, aku pun usha2 kat arkib negara. hehehehe.

    ReplyDelete
  16. mantapla bro, boleh buat segmen sejarah ni he carry on :D

    ReplyDelete
  17. @1134838015035398988.0

    InsyaAllah, bro. kalau takda aral melintang. setiap hari ada segmen Hari Ini Dalam Sejarah.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.