Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 23 Ogos 1959

Sebelum tibanya tarikh 24 Ogos, elok jika kita bersama segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 23 Ogos. Jadi mari kita imbau salah satu sejarah penting yang berlaku tanggal 23 Ogos.

23 Ogos 1959
Pembentukkan Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka

Pada hari ini 23.8.1959, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan iaitu Parti UMNO, MCA, MIC, telah membentuk kabinetnya yang pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka.

YTM Tunku telah mengangkat sumpah pada 22.8.1959 mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri daripada Dato Abdul Razak bin Hussein yang telah menyandang jawatan itu semasa Tunku bercuti selama 3 bulan untuk menjalankan kempen pilihanraya.

Pembentukan kabinet pertama ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya 19 Ogos, 1959. Semua menteri dalam kabinet Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1959 telah dilantik semula kecuali Kolonel H.S. Lee Menteri Kewangan kerana tidak bertanding sebagai calon dalam pilihanraya dan Encik Mohd. Khir Johari yang bertanding di kawasan Kedah Tengah dimana kawasan ini telah ditangguhkan pilihanraya kepada 30 September, 1959.

Seramai 11 orang ahli Kabinet telah dilantik. Mereka ialah:-

  • YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab untuk kemajuan kampung-kampung.
  •  Dato' Abdul Razak bin Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
  • Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
  • Encik Tan Siew Sin Menteri Kewangan menggantikan Kolonel Sir. H.S. Lee.
  • Encik Sulaiman bin Dato' Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keadilan.
  • Encik Abdul Aziz bin Ishak, Menteri Pertanian dan memangku Menteri Pelajaran.
  • Encik Abdul Aziz memangku jawatan Menteri Pelajaran sehingga 3 Oktober, 1959 apabila Encik Mohd Khir Johari yang memenangi pilihanraya di Kedah Tengah dilantik menjadi Menteri Pelajaran.
  • Encik Sardon bin Hj. Jubir, Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom.
  • Encik Ong Yoke Lin, Menteri Buruh, Sosial dan Kebajikan.
  • Encik Bahaman bin Shamsuddin, Menteri Hasil Bumi.
  • Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib, Menteri Pengangkutan dan Encik V.T. Sambanthan, Menteri Kesihatan.
Pembentukan kabinet pada hari ini dalam tahun 1959 adalah satu detik dan peristiwa yang amat bersejarah kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana inilah pembentukan kabinet yang pertama selepas Persekutuan mencapai kemerdekaan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 23 Ogos 1959 Hari Ini Dalam Sejarah: 23 Ogos 1959 Reviewed by faizalnizam on August 23, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. Jgn dilupakan keringat orang2 dahulu ketika cuba mendapatkan kemerdekaan. Budak sekarang bila merdeka tau nak gi konsert dan buat bayi merdeka je tau. Penghayatan langsung tak de

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this :)

    Perdana menteri bertanggungjawab utk kemajuan kampung2..memang respek sama Tunku Abdul Rahman

    ReplyDelete
  3. kalau tak baca sini tak tau pun pasal pembentukan kabinet yang pertama selepas kemerdekaan....bila dah habis belajar semua fakta sejarah yang dok belajar selama ni terbang melayang...hehe

    ReplyDelete
  4. @5653836164284359550.0

    your welcome bro.

    setiap Perdana Menteri kita ada sumbangan sendiri.
    mungkin kepimpinan mereka bukanlah sempurna 100%, tapi kalau nak dibandingkan antara sebelum dan selepas merdeka, kan banyak bezanya tu. :)

    ReplyDelete
  5. @1447787265672966329.0

    zaman sekarang bro. berapa kerat sgt la budak muda yg tau menghargai kemerdekaan. yang menghargai tu bagus la. jgn sampai kita hilang nikmat merdeka, baru nak belajar menghargai nilai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  6. @5875586061399319760.0

    saya pun buat revision daripada arkib negara.
    yang belajar selama ni pun memang dah tak igt sgt.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.