Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 17 September 1957

Sudah lama tiada segmen "Hari Ini Dalam Sejarah" sejak saya kurang sihat dahulu, diikuti dengan kesibukan berhari. Maka kini segment "Hari Ini Dalam Sejarah" kembali lagi. Jika semalam (16 September) dapat kita sifatkan sebagai hari kedua terpenting buat negara selepas tarikh 31 Ogos, tarikh 17 September tidak kurang juga hebatnya.

Apakah sebabnya? Teruskan membaca.

17 September 1957
Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Dalam tahun 1957 pada tarikh hari ini iaitu 17 September, Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya telah diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keahlian Persekutuan Tanah Melayu itu telah diusulkan oleh wakil Kerajaan Britain dengan mendapat sokongan sebulat suara dari ahli-ahli yang hadir yang menjadi anggota Majlis Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu kali yang ke-82.

Dengan kemasukkan Persekutuan Tanah Melayu ke dalam Pertubuhan dunia itu maka negara kita dapat turut serta memberi sumbangan tenaga dan pendapat ke arah matlamat menegakkan keamanan dunia. Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai wakil tetapnya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dalam ucapan pertamanya di perhimpunan tersebut Dr. Ismail telah menyatakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu menghargai dan menyanjung tinggi periktirafan majlis atas keahlian Persekutuan Tanah Melayu. Ianya memberi Persekutuan, satu keistimewaan dan satu hak dalam pertubuhan dunia.

Persekutuan Tanah Melayu akan menjalankan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Bangsa-Bangasa Bersatu dengan penuh semangat ke arah pencapaian matlamatnya sebagaimana yang termaktub dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Persekutuan Tanah Melayu itu adalah satu lagi kemajuan dan perkembangan yang dibanggakan dalam proses ke arah mengisi kemerdekaan negara sepenuhnya.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 17 September 1957 Hari Ini Dalam Sejarah: 17 September 1957 Reviewed by faizalnizam on September 17, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. @1145992808796260592.0
    bro.. OIC malaysia join lmbt sikit - tahun 1969

    ReplyDelete
  2. adeh.. hari malaysia entrinya aku dah buat.. tapi apsal aku leh xtau pasal 17 september ni pulak...

    ReplyDelete
  3. bro tahu tak? saya bangga jadi rakyat malaysia:)

    ReplyDelete
  4. @2877710003761353393.0
    takpe bro. consider this as your new knowledge. :)

    ReplyDelete
  5. @4956362159524070821.0
    yerp bro.. kita sama2 bangga jadi rakyat malaysia!

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.