Widget Random Post No.

Kerana RM29 Juta

Saya ada mengikuti sedikit sebanyak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi. Dan perkembangan terkini seperti yang tertulis dalam Berita Harian pembunuhan keempat-empat mereka, salah satu punca kematian mereka ialah disebabkan oleh pertelingkahan berkenaan hasil jualan tanah berjumlah RM29 juta.

Saya secara peribadi, berita yang disiarkan ini mungkin benar mungkin tidak benar - kerana kita mungkin tidak dapat menolak jika ada kebarangkalian lain yang membawa kepada pembunuhan keempat-empat mangsa. Walau bagaimanapun adalah tidak wajar untuk mewujudkan sebarang spekulasi di sini.

Cuma pada saya perkara yang amat mengecewakan ialah kes ini melibatkan seorang pengamal undang-undang sebagai suspek utama. Kita bimbang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Penglibatan peguam tersebut sebagai suspek utama mungkin akan menyebabkan profesion sebagai pengamal undang-undang akan sedikit sebanyak dipandang serong.

Walaupun begitu, saya yakin jika benar isunya ialah pertelingkahan ke atas amaun RM29 juta itu, maka sesiapa sahaja boleh hilang kewarasan kerana siapalah yang tidak suka kepada wang banyak bernilai jutaan ringgit. Manusia boleh buta mata hati dan jiwa kerana wang dalam jumlah yang sebegitu.

Sekadar memetik sedikit berita yang terkandung dalam Berita Harian pagi ini.
KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.

Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.

Kes ini betul-betul melibatkan terlalu banyak wang. Maka tidak hairanlah pembunuhan kejam sebegitu mempunyai potensi untuk berlaku.
Kerana RM29 Juta Kerana RM29 Juta Reviewed by faizalnizam on September 17, 2010 Rating: 5

12 comments:

  1. wang boleh buat manusia jadi buta... walaupun pengamal undang2!

    ReplyDelete
  2. banyak tu bang. siapa tak gila kalau dah memang jahat

    ReplyDelete
  3. kerana duit manusia sanggup bunuh membunuh!

    ReplyDelete
  4. @6238376698634997618.0
    yerp sis. duit duit duit. kalau ribu-ribu orang boleh membunuh, juta-juta apatah lagi la.

    ReplyDelete
  5. @13459767980130379.0
    duit banyak pun jadi gila kan? haishhh..

    ReplyDelete
  6. @2369208892851865972.0
    that's ugly right?

    ReplyDelete
  7. dunia dah akhir zaman, manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia dah dapat..

    jadi broker pun dah cukup kaya..teringat novel john grisham, the broker

    ReplyDelete
  8. @130202098398172386.0
    memang bro.. memang tak puas-puas, tambah lagi duit juta-juta.

    aku tau novel the broker tu bro. tp tak pernah baca. hehehe.

    ReplyDelete
  9. @Fyzal

    ada masa bacala bro, best baca kisah hidup broker tu :)

    ReplyDelete
  10. @6107715256892074776.0
    orait bro. aku akan dapatkan the broker.

    ReplyDelete
  11. salam fyzal =)
    pendapat saya: bila perkara begini terjadi, pihak luar akan buka mata. selepas ini, harap2 Bar Council membuat kajian & pastikan peguam2 di Malaysia ini bebas dari jenayah & mengamalkan undang2 yg betul.
    salam aidilfitri =)

    ReplyDelete
  12. @7389911883913936503.0
    benar. saya setuju. ia perkara yg mengecewakan apabila profesion dalam bidang undang-undang dicemari oleh golongan seperti ini.

    bukan sahaja peguam, malah penguatkuasa undang-undang yang lain pun mesti bertanggungjawab memastikan tugas sebagai penegak keadilan tidak dirosakkan dengan perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang pula.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.