Widget Random Post No.

Cemas, Cemas dan Cemas!


Hari ini merupakan hari yang sedikit mencemaskan buat saya kerana esok keputusan peperiksaan akan diumumkan. Perkara yang membuatkan saya lebih cemas apabila ada beberapa rakan saya sudah dapat tengok keputusan peperiksaan tengah hari.

Saya pelik bagaimana "administration" boleh buka sistem sekejap tengah hari tadi kemudian "link examination result" sudah hilang apabila saya log in ke portal selepas 1 tengah hari.

Alang-alang dah buka sistem tu, buka terus je lah. Maka saya kena menunggu lagi hingga pagi esok. Jantung dah berdebar-debar kencang sebab saya mesti lepas semua subjek semester akhir ini untuk membolehkan saya menyambung LL.B.

Setiap semester beginilah perasaannya. Cemas dan cemas dan semakin cemas. Tambah-tambah ini adalah keputusan peperiksaan semester akhir, maka semakin tinggilah tahap kecemasan tersebut.

Esok pula mesti portal "traffic jam" sebab semua pelajar pun mahu tengok keputusan peperiksaan esok 10 Disember. Rasa cemas tu sampai menggugat sedikit sebanyak "mood" untuk "update" blog.

p/s: Doakan saya mendapat keputusan peperiksaan yang akan mengukir senyuman di wajah saya.

p/ss: Buat semua pelajar UiTM, selamat memeriksaan keputusan peperiksaan masing-masing. 
Cemas, Cemas dan Cemas! Cemas, Cemas dan Cemas! Reviewed by faizalnizam on December 09, 2010 Rating: 5

8 comments:

  1. gaaahhhaa~~~
    tahu tak peee
    huuuu
    takpe
    relax~
    yang Allah beri tuh rezeki..
    *cuak gile jugak nie*

    ReplyDelete
  2. huh! rileks2...
    cOol... cOntrOl..
    ;)

    ReplyDelete
  3. relax la..jgn cemas2...lambat or cepat..ttp akan dpt tgk keputusan ;)

    good luck yer...moga dpt keputusan yg cemerlang..!! (^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NASI AYAM GORENG

    ReplyDelete
  4. semoga dapat keputusan cemerlang bro :D

    bawa bertenang ye..:)

    ReplyDelete
  5. @anis izyan, cik diana, nabilah, TE
    thanks kawan-kawan. i'm trying to hold my nerves.

    ReplyDelete
  6. tu diaaa.....!!!

    gudluck tau,,

    InsyaAllah Allah balas kejayaan yang setimpal dengan usaha kita,,

    sebanyak mane usaha kita itulah balasannya..banyak2 berdoa semoga dapat result baek~!

    ReplyDelete
  7. hahaha..all the best..InsyaAllah lepas la semua subjek tu..

    ReplyDelete
  8. @fyza, iyllienaz
    thanks a lot. harap2 everything alright.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.