Semalam (8 Disember) dalam tahun 1941 merupakan tarikh bermulanya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Maka Segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 9 Disember akan mengimbau kesinambungan kejadian pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Jadi mari kita renungkan detik-detik hitam dalam sejarah Tanah Melayu yang membawa banyak kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Keperitan itu sudah pasti tidak dirasai generasi muda hari ini, tetapi sekurang-kurangnya kita mesti tahu sejarahnya supaya kita lebih menghargai kedamaian yang kita dakap hari ini.
9 Disember 1941
Seluruh Bandar Kota Bharu Telah Ditawan Jepun
Pada hari ini 9 Disember dalam tahun 1941, Seluruh bandar Kota Bharu, Kelantan telah ditawan oleh tentera Jepun.
Pertempuran sengit telah berlaku di antara tentera Inggeris dan tentera Jepun, akibat daripada tekanan dan kemaraan serangan tentera Jepun yang begitu kuat dan cepat ditambah pula dengan serangan pesawat-pesawat perjuang Jepun ke atas kubu-kubu pihak Inggeris di Bandar Kota Bharu dan Jalan Padang Garong telah memaksa tentera-tentera Inggeris untuk mengundur diri.
Tentera-tentera Jepun juga telah mara ke Machang setelah berjaya menawan Lapangan Terbang Lalang Luas dekat Labok. Dari situ mereka terus mara ke Pasir Putih dan lapangan terbang Gong Kedak.
Manakala segerombolan tentera-tentera Jepun yang lain pula mara sepanjang jalanraya menuju ke Kuala Kerai.
Berikutan itu tentera Inggeris telah mengundur daripada Bandar Kuala Kerai dengan menggunakan keretapi menuju ke Kuala Lipis, Pahang keadaan ini telah membolehkan Kuala Kerai ditawan oleh tentera-tentera Jepun.
Akhirnya pada akhir bulan Disember 1941, seluruh negeri Kelantan telah jatuh ke tangan pihak Jepun.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 9 Disember 1941
Reviewed by faizalnizam
on
December 09, 2010
Rating:
13 mei hari lahir gua
ReplyDeletetak silap aku ada askar jepun naik basikal je kan..
ReplyDeletebro, aku ada tag
http://tengkorakemas.blogspot.com/2010/12/sampai-bila-nak-gear-1.html
@ah laang
ReplyDeleteitu tarikh lahir yg sgt historic bro.
@tengkorakemas
yerp bro. japan army naek basikal je.
orait bro. thanks for the tag.