Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 11 Disember 1909

Semalam saya moody dan hanya menulis satu entri sahaja. Malah segmen Hari Ini Dalam Sejarah pun tiada untuk edisi semalam 10 Disember. Maka hari ini segmen ini mesti ada kembali. Kali ini kita imbau jauh ke tahun 1909.

Kita mengerti bagaimana dasar dan undang-undag memainkan peranan yang penting dalam pembentukan identiti sesebuah negara dan juga pembangunan negara tersebut. Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa patuh pada undang-undang dan dasar-dasar yang ada.

Jika ada rasa tidak puas hati, salurkan pendapat dengan cara yang betul. Jika suara kita tidak didengari, maka solusi terakhir yang tinggal pada kita ialah undi-undi kita yang bakal kita buang pada pilihan raya nanti.

11 Disember 1909
Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan

Pada hari ini 11 Disember 1909 buat pertama kali Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan mesyuarat bertempat di Kuala Kangsar, Perak.

Ahli-ahli terdiri daripada High Commissioner, Residen General, Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yam Tuan Negeri Sembilan, Residen Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dan 4 orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh High Commissioner. 

High Commissioner mempengerusi mesyuarat ini. Melalui persidangan ini pelbagai dasar-dasar pembangunan dan undang-undang telah diluluskan dan diguna pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Diharap dengan adanya Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan pelbagai dasar-dasar baru dapat dilulus dan dilaksanakan dengan lebih kemas kini serta mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 11 Disember 1909 Hari Ini Dalam Sejarah: 11 Disember 1909 Reviewed by faizalnizam on December 11, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. bagus ade blogger camni..bkn senang nak cari blogger yg minat sejarah ni..leh dla blaja smula sejarah..hehe..tq fyzal..

    ReplyDelete
  2. @d_La
    sama2 d_La. no prob. i just happy to share some good thing that i'm interested in.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.