Seperti biasa, segmen Hari Ini Dalam Sejarah akan dikongsikan bersama para pembaca. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan tentang hal-hal Malaysia yang berlaku lama dulu, lebih-lebih lagi yang terjadi sebelum kita dilahirkan.
6 Disember semestinya salah satu tarikh paling sedih dalam lembaran sejarah negara kerana pada tarikh hari inilah negara telah kehilangan tokoh yang paling diingati dalam sejarah - Bapa Kemerdekaan Negara.
6 Disember 1990
Tunku Abdul Rahman Putra Meninggal Dunia
Pada hari ini 6 Disember tahun 1990, Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah kembali ke rahmatullah pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur pada jam 10.25 malam.
Jenazah Almarhum telah di bawa ke Bangunan Parlimen daripada tempat kediamannya bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Satu upacara penghormatan terakhir juga telah diadakan di Stesen Tentera Udara Diraja Malaysia oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia, sejurus sebelum Jenazah Almarhum diterbangkan ke Alor Setar, Kedah untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar, disisi makam kekandanya, Tunku Yusof, Tunku Mohammed Dewa, Tunku Kassim dan Sultan Badlishah.
Tunku Abdul Rahman merupakan putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan telah diputerakan oleh bondanya, Manjalara pada 8 Februarui 1903. Penglibatan Tunku dalam politik UMNO bermula sejak tahun 1949 setelah menjadi Pengerusi UMNO Kedah.
Atas desakan Tun Abdul Razak, beliau menawarkan dirinya menjadi Yang di-Pertua Agong UMNO pada 1951 bagi menggantikan Dato' Onn Jaafar yang meletakan jawatan dengan menewaskan dua pencabar lain dalam pemilihan itu.
Sesungguhnya segala jasa bakti dan sumbangan Almarhum Tunku terhadap negara akan tetap terus dikenang dan dijulang selamanya.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 6 Disember 1990
Reviewed by faizalnizam
on
December 06, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 06, 2010
Rating:

bagusnya belog ni selalu share pasal ilmu.=)
ReplyDeletebro, nice info..
ReplyDeletesemoga semangat kemerdekaan beliau terus diwarisi kita
@siska
ReplyDeletethanks you.. it just my pleasure to share the knowledge :)
@tengkorakemas
thanks bro.
betul betul harap harap ada generasi muda kita sekarang yang macam Allahyarham Tunku.