Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 6 Disember 1990

Seperti biasa, segmen Hari Ini Dalam Sejarah akan dikongsikan bersama para pembaca. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan tentang hal-hal Malaysia yang berlaku lama dulu, lebih-lebih lagi yang terjadi sebelum kita dilahirkan.

6 Disember semestinya salah satu tarikh paling sedih dalam lembaran sejarah negara kerana pada tarikh hari inilah negara telah kehilangan tokoh yang paling diingati dalam sejarah - Bapa Kemerdekaan Negara.

6 Disember 1990 
Tunku Abdul Rahman Putra Meninggal Dunia



Pada hari ini  6 Disember tahun 1990,   Bapa  Kemerdekaan Negara  Tunku  Abdul Rahman Putra Al-Haj  telah  kembali  ke  rahmatullah  pada  usia  87 tahun  di Hospital  Besar  Kuala  Lumpur  pada  jam  10.25  malam.

Jenazah Almarhum telah di bawa ke Bangunan  Parlimen daripada  tempat   kediamannya  bagi  membolehkan orang ramai memberikan  penghormatan  terakhir. 

Satu  upacara  penghormatan terakhir  juga  telah diadakan  di  Stesen  Tentera  Udara  Diraja Malaysia oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia,  sejurus  sebelum Jenazah Almarhum diterbangkan ke Alor Setar,  Kedah untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar, disisi makam kekandanya, Tunku Yusof, Tunku Mohammed Dewa, Tunku Kassim  dan  Sultan Badlishah.   

Tunku  Abdul  Rahman  merupakan  putera  ketujuh  kepada  Sultan  Abdul  Hamid  Halim  Shah  dan  telah  diputerakan  oleh  bondanya,  Manjalara  pada  8  Februarui 1903.  Penglibatan Tunku dalam politik UMNO bermula sejak tahun 1949 setelah menjadi Pengerusi UMNO Kedah. 

Atas desakan Tun Abdul Razak, beliau menawarkan dirinya menjadi Yang di-Pertua Agong UMNO pada 1951 bagi menggantikan Dato' Onn Jaafar yang meletakan jawatan dengan menewaskan dua pencabar lain dalam pemilihan itu.

Sesungguhnya  segala  jasa  bakti  dan  sumbangan  Almarhum  Tunku  terhadap  negara  akan  tetap  terus  dikenang  dan  dijulang  selamanya.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 6 Disember 1990 Hari Ini Dalam Sejarah: 6 Disember 1990 Reviewed by faizalnizam on December 06, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. bagusnya belog ni selalu share pasal ilmu.=)

    ReplyDelete
  2. bro, nice info..

    semoga semangat kemerdekaan beliau terus diwarisi kita

    ReplyDelete
  3. @siska
    thanks you.. it just my pleasure to share the knowledge :)

    @tengkorakemas
    thanks bro.
    betul betul harap harap ada generasi muda kita sekarang yang macam Allahyarham Tunku.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.