Seperti biasa segmen Hari Ini Dalam Sejarah tampil lagi dengan edisi 7 Disember. Baiklah, sewaktu menjenguk laman sesawang Arkib Negara, saya mengambil sedikit masa berfikir samada perlu atau tidak yang berkongsi sejarah yang bakal anda seterusnya ini.
Lalu saya memutuskan, walaupun kita sememang sedar bola sepak negara kita tidaklah semegah yang kita harapkan, tetapi masih wajar kita imbau juga sedikit detik detik mulanya bola sepak di negara kita ini. Mungkin pada masa hadapan bola sepak kita akan maju setanding Barclays Premier League dan La Liga.
Jom kita imbau detik 7 Disember.
7 Disember 1961
Pembukaan Rasmi Bangunan Persatuan Bola Sepak Persekutuan
Pada 7 Disember dalam tahun 1961, Bangunan Persatuan Bola Sepak Persekutuan Tanah Melayu telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.
Pembinaan bangunan setinggi tujuh tingkat ini yang terletak di Jalan Birch, Kuala Lumpur dengan kos sebanyak $350,000 telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1960 merupakan hasil inisiatif Tunku Abdul Rahman selaku Persiden Persatuan Bola Sepak Persekutuan.
Ketika Tunku mula menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Persekutuan dalam tahun 1951, beliau telah berusaha memperkenal dan memperluaskan sukan ini ke seluruh negara dengan mengadakan pelbagai pertandingan bagi menggalakkan penyertaan orang ramai dalam permainan bola sepak.
Hasil daripada pertandingan-pertandingan yang telah diadakan beliau berjaya mengumpul sejumlah dana daripada wang penjualan tiket bagi membiayai pembinaan sebuah bangunan bagi Persatuan Bola Sepak Persekutuan.
Sesungguhnya dengan terdirinya bangunan ini, ianya telah memudahkan urusan pentadbiran, penyelenggaraan dan mengawal permainan bola sepak di peringkat pusat.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 7 Disember 1961
Reviewed by faizalnizam
on
December 07, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 07, 2010
Rating:

wah! infO brguna.. i pOn xtaw. huhu..
ReplyDeletethumbs up..
ohh macam 2...baru tau...sebab i ni x amek port sangat sal bola..hhehhe
ReplyDelete@cik diana
ReplyDeletethanks. glad to share a good info :)
@siska
:) its okay. tak minat bola pun takpe. as long as u able to get some info from this blog. its ok to me. :)