Petikan teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor 8 Ogos 2014:
Ketika menghadapi kematian, orang yang tidak beriman merasa gerun serta penuh penyesalan, kerana diperlihatkan amalan buruknya. Bagaimanapun orang yang beriman, ketika diperlihatkan amalan baiknya akan merasa gembira. Sedang ahli keluarganya yang berada disekelilingnya merasa cemas sambil berusaha untuk menyelamatkannya.
Firman Allah SWT. dalam surah al-Qiyaamah ayat 26-29:
“Sedarlah (jangan mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai kepangkal kerongkong dan orang yang hadir disisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatinya)?. Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu ialah saat perpisahan. Betis akan bertaut satu sama lain (lantaran kesakitan menghadapi mati). (Maka) kepada tuhanmulah pada waktu itu, engkau dibawa (untuk menerima balasan)”.
Muat turun teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor 8 Ogos 2014:
Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor 8 Ogos 2014
Reviewed by faizalnizam
on
August 08, 2014
Rating:
steady bro, insaf skit jumaat2 ni kan.
ReplyDeletePeringatan untuk kita semua dan diri sendiri bro.
DeleteAlhamdulillah, terima kasih atas peringatan ini.
ReplyDeleteYang baik datang dari Allah Ta'ala.
Delete