Widget Random Post No.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 Malaysia

Kemerdekaan adalah sesuatu yang mahal. Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh dengan sekadar duduk-duduk sahaja. Kemerdekaan berkehendakkan kepada perjuangan. Jika ditanya apa erti kemerdekaan; setiap individu barangkali mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa itu merdeka untuk diri mereka.

31 Ogos 2014 ini genaplah usia ke 57 Kemerdekaan Malaysia. Daripada sebuah negara yang dijajah, hari ini Malaysia semakin membangun dan terus membangun (walaupun tidak dinafikan masih ada kelompongan yang mesti dibaikpulih) dan sedang menuju ke matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.


KETIDAKSEMPURNAAN


Apabila berbicara permasalah sesebuah negara, satu perkara yang mesti kita fahami ialah tiada satu negara atas muka bumi ini yang sempurna, yang segala-galanya indah-indah belaka, yang tiada kecacatan, yang tiada masalah; sekali lagi ditegaskan tiada negara yang sebegitu di atas muka bumi ini.

Tiada pemimpin yang sempurna yang hidup pada masa kini dan di kalangan rakyat jelata juga tiada seorang pun yang sempurna. Kita hidup dalam ketidaksempurnaan; atas sebab ketidaksempurnaan inilah pelbagai pembangunan dan usaha dilakukan yang menambahbaik kualiti kehidupan manusia. Sempurna hanya milik Dia yang Maha Esa. 

Maka dalam ketidaksempurnaan ini, ada sebahagian golongan yang berusaha sedaya upaya menyeru kepada perpaduan seluruh rakyat Malaysia supaya kita sama-sama dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Walau bagaimanapun dalam masa yang sama, terdapat golongan opportunists yang mencari jalan memporak-perandakan hubungan antara kaum, antara agama di kalangan rakyat Malaysia demi kepentingan sendiri dan kaum kerabatnya.

OPPORTUNISTS


Dan golongan opportunists ini menggunakan nama perjuangan rakyat sebagai alat untuk merosakkan keamanan dan keharmonian dalam negara kita, Malaysia. Siapa golongan opportunists ini? Ini sememangnya suatu persoalan yang sukar dijawab kerana apabila kita dikaburi dengan ideologi politik kepartian, penilaian kita tentang siapa sebenarnya opportunists menjadi tidak tepat.

op·por·tun·ist noun \-ˈtü-nist, -ˈtyü-\
: someone who tries to get an advantage or something valuable from a situation without thinking about what is fair or right

Examples of OPPORTUNIST

a political opportunist who changed his health-care plan to win the election

ever the opportunist, she immediately set about becoming the incoming administrator's new best friend

Golongan opportunists inilah yang akan menggagalkan perpaduan rakyat Malaysia. Kemerdekaan yang kita telah kecapi selama 57 tahun ini akan menjadi sia-sia jika kita terus gagal dalam menyatupadukan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, keturunan dan pandangan politik.


PERBEZAAN PENDAPAT DAN PERPADUAN


Bukanlah suatu masalah untuk berbeza pendapat, tetapi jika perbezaan pendapat itu diterjemahkan dalam tindakan dan pengucapan yang tidak matang, maka ia akan menonjolkan ketidakcerdikan seseorang individu itu. Jika kita lihat komen-komen di media sosial tentang sesuatu isu (samada yang sensitif atau tidak sensitif) pasti terdapat golongan yang menulis komen dalam bahasa cacian, makian, provokatif dan tidak ilmiah; semua ini akan menyemarakkan api permusuhan dan sama sekali tidak membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.    

Perpaduan, pada saya secara peribadi, adalah sesuatu yang kompleks; kerana ia memerlukan sikap tolak ansur yang tinggi dalam diri seseorang manusia dan tidak ramai manusia yang mempunyai nilai toleransi yang tinggi sebegitu. Usaha ke arah perpaduan juga memerlukan manusia-manusia yang berkata-kata dengan ilmu dan iman, yang pendapatnya disampaikan dengan penuh hemat dan berhikmah; tidak ramai manusia yang sebegitu.

KEMERDEKAAN KE-57



Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, mungkin kita perlu melihat ke dalam diri  kita, adakah kita telah menghulurkan bantuan dalam membentuk perpaduan rakyat Malaysia yang sebenar atau kita hanya terlalu taksub dengan ideologi politik kepartian sehingga tidak dapat melihat hakikat antara yang benar dan salah. Ketaksuban kepada politik kepartian tidak akan bawa ke mana-mana, kerana parti hanyalah parti, ia tidak akan kekal, dan satu hari nanti akan hilang juga dari muka bumi ini.

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, kita sama-sama meningkatkan tolerasi antara seluruh rakyat Malaysia, lebih menghormati antara semua agama dan antara semua bangsa dan kaum.Semua rakyat Malaysia yang rasional mahukan sebuah negara yang aman dan harmoni, yang stabil sosial, politik dan ekonominya. Jika pemerintah hari ini tidak baik (samada di peringkat persekutuan atau negeri), kita turunkan melalui proses pilihanraya (atau lebih baik jika kita mendoakan supaya mereka diberi petunjuk untuk memerintah dengan jujur dan adil).

Saya menulis daripada sudut pandang seorang rakyat Malaysia biasa - tanpa kepentingan kepada mana-mana ideologi atau fahaman tertentu - yang ada hanya untuk kepentingan untuk negara dan rakyat Malaysia supaya dapat hidup bersama dalam keadaan yang aman dan bersatu padu demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik selepas 57 tahun kita Merdeka.

Akhir kalam,

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN 
MALAYSIA YANG KE-57
MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 Malaysia Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 Malaysia Reviewed by faizalnizam on August 15, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan bro.

    ReplyDelete
  2. dah lebih setengah abad umur negara kita ni
    moga2 kita semakin aman dan tenteram

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.