RUKUN NEGARA
Dulu masa kecil-kecil, masa mula-mula mendapatkan pendidikan awal secara formal, salah satu perkara yang diajar di sekolah ialah Rukun Negara (Rukun Iman dan Rukun Islam sudah semestinya diajar). Salah satu Rukun Negara ialah "Kesopanan dan Kesusilaan". Mudah menyebutnya tetapi tidak ramai yang mampu mempraktikkan dalam erti kata sebenar. Kesopanan dan kesusilaan meliputi aspek perbuatan dan perkataan.
Memang benar, orang kata kalau buat baik biar bertempat, tetapi tidak rugi bersopan dan bertatasusila setiap masa kerana itu adalah ajaran agama Islam. Dan saya yakin agama-agama lain juga mengajar penganutnya supaya sentiasa mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
![]() |
Sumber Gambar: Berita Harian |
CHOW MUN FAI DIPENJARA SETAHUN
Hari ini saya percaya ramai telah membaca berkenaan saudara Chow Mun Fai yang dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas mengaku bersalah menulis status/komen dengan niat menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang Islam pada Aidilfitri yang lepas. Chow Mun Fai telah menulis komen tersebut melalui Facebook.
Masalah orang Islam kita, kita mudah melenting dan bertindak balas dengan cara yang tidak berhemah dan berhikmah. Apa bezanya kita dengan saudara Mun Fai kalau kita bertindak balas dengan menulis kata-kata cacian dan makian juga terhadap beliau?
Beliau sudahpun mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman. Semoga ini memberi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berfikir dahulu sebelum menulis apa-apa pendapatan di laman-laman sosial. Memang salah satu fundamental rights dalam Perlembagaan Persekutuan adalah freedom of speech, tetapi hak itu bukan mutlak dan peruntukan dalam Perlembaan Persekutuan mestilah dibaca secara menyeluruh, bukannya membaca klausa pertama sahaja.
KERANA TANGAN DAN KEYBOARD BADAN BINASA
Menulis status, menulis komen dan mengemaskini blog memang boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan, tetapi jangan sampai kerana tangan dan keyboard, badan yang binasa. Kalau tidak pasti, siasat dahulu. Kalau boleh menyakitkan hati, pertimbang dahulu, kalau bersifat jenayah, lebih baik jangan dibuat.
Jangan sampai kerana tangan yang menaip menggunakan keyboard, akibat salah menaip, badan dan jiwa merana dalam penjara.
Kerana Tangan dan Keyboard Badan Binasa
Reviewed by faizalnizam
on
September 10, 2014
Rating:

Teknologi dicipta disalah gunakan. Sepatutnya ia boleh digunakan untuk membantu dan memberi manafaat kepada orang lain..
ReplyDeleteSayu je muka keyboard warrior tu... Pangkat prebet je tu kot?
ReplyDelete