Widget Random Post No.

Haramkan Merokok Dalam Kenderaan Yang Terdapat Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun

Bahaya merokok memang diketahui ramai, tetapi bagi perokok tegar bukan mudah untuk berhenti (boleh sebenarnya). Perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh perokok untuk mengurangkan bahasa kesan asap rokok ialah mengelak daripada merokok berhampiran dengan kanak-kanak.

England merancang untuk mengharamkan perbuatan merokok di dalam kenderaan yang di dalamnya terdapat kanak-kanak berusia kurang daripada 18 tahun. Perbuatan tersebut akan menjadi satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang England jika cadangan untuk berbuat demikian dipersetujui melalui undian ahli Parlimen England.


Image: Phys Org

Menurut British Lung Foundation, lebih 430,000 kanak-kanak terdedah kepada "secondhand smoke" setiap seminggu semasa berada dalam kenderaan keluarga. Ini adalah satu angka yang memberi kebimbangan besar di England dalam aspek kesihatan kanak-kanak dan golongan muda.

Sekiranya cadangan tersebut direalisasikan pada penghujung tahun depan, England akan menjadi negara kedua yang mengharamkan perbuatan yang sedemikian selepas Cyprus melakukannya. Kerajaan Wales sedang merancang untuk melakukan perkara yang sama selepas England melaksanakannya nanti. Perancis juga sedang mempertimbangkan tindakan yang sama.

Malaysia bila lagi?

Haramkan Merokok Dalam Kenderaan Yang Terdapat Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Haramkan Merokok Dalam Kenderaan Yang Terdapat Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Reviewed by faizalnizam on December 17, 2014 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.