Widget Random Post No.

Kerana Dibiarkan, Anak Jadi Mangsa, Ibu Bapa Menderita

Semalam ada satu laporan berita berkenaan seorang kanak-kanak berumur sembilan (9) tahun maut setelah jatuh dari tingkat sembilan (9) sebuah pangsapuri. Kejadian kanak-kanak mati dan/atau kanak-kanak hilang dan/atau terlibat dalam sesuatu kemalangan sejak akhir-akhir semakin kerap kita dengar atau baca.
Seorang penduduk menunjukkan kawasan mangsa ditemui selepas tergelincir
dari tingkat sembilan flat Taman Bukit Angkasa, petang tadi.

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa tergelincir selepas memanjat balkoni untuk mengambil selipar yang tersangkut.

Ketua Polis Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya di flat berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber berita dan gambar: myMetro
Tragedi seperti ini memang menakutkan terutamanya kesan ke atas ibu bapa. Namun yang sedihnya, ada ibu bapa masih sanggup mengambil risiko membiarkan anak-anak mereka tidak dikawal atau dijaga. Hal ini mendorong kanak-kanak melakukan perkara-perkara yang membahayakan nyawa mereka.

Pada zaman serba canggih ini ada masanya ibu bapa terleka daripada memerhatikan anak-anak mereka apabila berada di sesuatu tempat. Pengalaman saya melihat sendiri seorang ibu yang asyik melihat smartphone sehingga tidak sedar anaknya yang berumur sekitar 3-5 tahun hampir-hampir menyeberang jalan tanpa dikawal. Mujurlah tiada apa-apa kejadian tidak diingin berlaku pada malam tersebut.

Laporan-laporan berita tentang kanak-kanak diculik juga tidak kurang hebatnya. Ada sindiket yang menculik dan menjual kanak-kanak yang telah diculik. Bayangkanlah apa nasib kanak-kanak yang diculik itu? Anak-anak yang Tuhan kurniakan adalah amanah. Keselamatan mereka mestilah sentiasa diawasi dan diperhati. Jangan kerana ibu bapa terleka, anak jadi mangsa, ibu bapa menderita.


Incoming Search: 
kanak-kanak jatuh bangunan, kanak jatuh dari flat, kanak-kanak jatuh dari flat tingkat 9, kanak-kanak jatuh di flat taman bunga angkasa, kanak-kanak jatuh bangunan di pantai dalam, kanak-kanak mati jatuh bangunan, kanak-kanak mati jatuh dari flat, berita kanak-kanak jatuh flat di pantai dalam, ibu bapa kanak-kanak jatuh flat tingkat sembilan, kemalangan melibatkan kanak-kanak, kanak-kanak hilang diculik, jenayah kanak-kanak, keselamatan kanak-kanak
Kerana Dibiarkan, Anak Jadi Mangsa, Ibu Bapa Menderita Kerana Dibiarkan, Anak Jadi Mangsa, Ibu Bapa Menderita Reviewed by faizalnizam on December 23, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Sedih baca berita ni. Tambahan pula arwah selalu bermain dekat rumah setiap hujung minggu.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.