Widget Random Post No.

Pendapatan Ahli Parlimen Dinaikkan, Apa Kata Rakyat Malaysia?

As-Salam para pembaca. Hari ini akhbar melaporkan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Menurut Shahidan Kassim pindaan tersebut salah satunya berpunca daripada faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota parlimen (sumber: Berita Harian). Maka rakyat pasti tertanya-tanya "faktor persekitaran" yang bagaimanakah yang dikatakan "mencabar" itu? 

Shahidan Kassim juga mengatakan "tugas-tugas ahli parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat" (sumber: Berita Harian). Saya secara peribadi tidak nampak di manakah yang dikatakan "tugas-tugas bertambah berat" itu dan saya pasti sebahagian atau mungkin seluruh rakyat Malaysia juga tertanya-tanya "tugas" apakah yang "bertambah berat" yang dimaksudkan oleh Shahidan Kassim?

image: iconarchive.com

Kesan Lulusnya Pindaan ke atas Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 


1. Gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000.

2. Gaji bulanan anggota Dewan Negara dinaikkan kepada RM11,000 daripada RM7,000.

3. Gaji bulanan anggota Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM22,000 daripada RM16,000.

4. Gaji bulanan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM31,000 daripada RM20,000.

5. Ahli parlimen daripada pihak Kerajaan dan Pembangkang barangkali senyum lebar. 

6. Sebahagian rakyat Malaysia (atau mungkin seluruh rakyat Malaysia) barangkali akan terus sakit hati.

Ahli Parlimen Menentang?  


Saya kemudian menjenguk akhbar atas talian yang lain seperti Harakah Daily, Keadilan Daily dan Malaysiakini, mencari-cari jika ada ahli parlimen yang benar-benar lebih mementingkan rakyat daripada keperluan dan/atau kehendak diri sendiri, yang mungkin ada mengeluarkan kenyataan menentang pindaan ke atas Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 itu. TIADA. Jika sebenarnya ada dan saya terlepas pandang, boleh kongsi pautan berita tersebut di ruangan komen. 

Hidup Rakyat Malaysia Berubah Semakin Baik


Syukur, dengan pindaan terbaru ini, hidup rakyat Malaysia mungkin akan berubah menjadi lebih baik kerana ahli parlimen akan "lebih bersemangat" untuk menggalas tugas-tugas yang "bertambah berat" dan "memenuhi harapan tinggi rakyat". 
Pendapatan Ahli Parlimen Dinaikkan, Apa Kata Rakyat Malaysia? Pendapatan Ahli Parlimen Dinaikkan, Apa Kata Rakyat Malaysia? Reviewed by faizalnizam on April 10, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. Sengaja lah cari kemarahan rakyat. Dan seperti biasa, ahli2 politik ini tak kira dari parti apa pun akan senyap jika mereka dapat laba.

    Kalau selalu ikut berita politik boleh mati sakit hati hihi

    ReplyDelete
  2. macam-macam pendapat berkeliaran kat facebook la jadinya. haha..

    ReplyDelete
  3. part 'tugas-tugas bertambah berat' tu yang lawak... hahahaa

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.