Widget Random Post No.

DYMM Sultan Perak Beri Pengampunan Kepada 11 Banduan

As-Salam para pembaca. Segala puji bagi Allah, Tuhan pemilik semesta alam dan hanya Dia yang layak disembah dan kepada Dia hamba-hambanya memohon pertolongan. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. 

Kita sering mendengar tazkirah-tazkirah dan/atau kuliah-kuliah agama yang memperingatkan kita bahawa bulan yang mulia ini adalah bulan kita sepatutnya menambah amal kebaikan. Di bulan Ramadan ini juga kita hendaklah memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. Oleh yang demikian, belum terlewat rasanya untuk saya memohon kemaafan daripada seluruh ahli keluar saya dan juga semua kenalan saya. 

Berbicara tentang memaafkan orang lain, semalam akhbar melaporkan bahawa DYMM Sultan Perak yang dicintai dan disayangi oleh rakyat Perak telah berkenan memberi pengampunan kepada 11 orang banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah kerana membabitkan diri dalam perhimpunan haram di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada 2009.

Kredit: BH Online

Dengan perkenan Tuanku berkenaan, kesemua 11 banduan tersebut telah dibebaskan semalam pada hari pertama Ramadan sekaligus membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut Syawal nanti bersama keluarga. 

DYMM Sultan Perak berpuas hati dengan pengakuan keinsafan mereka atas kesalahan yang telah dilakukan selepas meneliti rayuan oleh banduan-banduan tersebut. Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, baginda atas ehsan dan budi bicara telah menitahkan supaya 11 banduan yang telah disabit kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac lalu, diremitkan baki hukuman penjara dan dibebaskan pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436H. 

DAULAT TUANKU!
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Sumber: BH Online
DYMM Sultan Perak Beri Pengampunan Kepada 11 Banduan DYMM Sultan Perak Beri Pengampunan Kepada 11 Banduan Reviewed by faizalnizam on June 19, 2015 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.