Widget Random Post No.

Harga Minyak Turun dan GST Tidak Dilaksanakan?

As-Salam para pembaca. Kadang-kadang (atau selalunya) apabila kita baca di akhbar-akhbar, berita yang dilaporkan boleh  menyebabkan kita rasa sakit hati. Semalam saya terbaca satu berita di akhbar Berita Harian Online. Saya baca perenggan pertama sahaja saya sudah sakit hati. Oleh itu saya juga ingin memohon maaf jika tajuk entri ini misleading. Untuk mengelakkan misleading tersebutlah saya letakkan tanda "?". Saya perturun laporan berita itu di bawah ini secara screenshot:


Perenggan pertama dengan terang lagi jelas menyatakan "Penurunan harga minyak baru-baru ini ..." tetapi di Malaysia harga minyak semua naik. Saya bukan orang ekonomi tetapi kenyataan dalam akhbar dengan senario sebenar dalam negara kita sangat kontradik antara satu dengan yang lain. Apa sebab keadaannya begitu? Saya sendiri pun tidak tahu. Jika ada pembaca yang tahu, mohon kongsi pandangan dan pengetahuan anda di ruangan komen. Baca enam (6) perkataan pertama pun sudah rasa sakit hati.

Kredit: Free Malaysia Today

Baca perenggan ketiga pula. "GST ialah sistem cukai yang dilaksanakan di seluruh dunia yang lebih telus dan bersistematik berbanding SST. Laporan ini memetik kata kata Najib Razak. Satu pernyataan yang cuba membandingkan GST dengan SST. Persoalannya pernahkah Kerajaan melalui mana-mana agensinya menunjukkan perbandingan yang jelas sejelas jelasnya perbandingan antara GST dengan SST untuk membuktikan bahawa GST lebih telus dan sistematik dari SST.

Bukan semua orang ada masa untuk baca Akta Cukai Pendapatan atau naskah undang-undang lain yang berkaitan dengan percukaian.Saya tidak pasti jika ada penerbitan oleh mana-mana agensi Kerajaan yang disebarkan kepada rakyat untuk menunjukkan memang betul GST lebih baik dari SST dengan penerangan yang mudah, ringkas, padat dan senang difahami. Jika ada, boleh kongsi link atau rujukan penerbitan tersebut di ruangan komen. Rakyat Malaysia, bukan semuanya faham sistem percukaian yang dilaksanakan oleh Kerajaan hari ini atau sebelum ini.

Pada perenggan kedua akhir dan perenggan akhir, pernyataan bahawa GST bukan untuk menyelamatkan Kerajaan, saya anggap adalah satu "bare denial". Dalam keadaan jumlah hutang negara yang kita sedia maklum angkanya, benarkah GST bukan untuk menyelamatkan Kerajaan? Benarkah pendapatan dari GST akan digunakan 100% untuk kebajikan seluruh rakyat Malaysia atau sebahagiannya daripadanya akan digunakan untuk "kebajikan sesetengah orang yang berkepentingan sahaja"?

Harga Minyak Turun dan GST Tidak Dilaksanakan? Harga Minyak Turun dan GST Tidak Dilaksanakan? Reviewed by faizalnizam on June 10, 2015 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.