Widget Random Post No.

Jangan Cari Sakit Menjelang Musim Perayaan

As-Salam para pembaca. Hari ini sudah masuk hari ke 23 Ramadan. Kita masih ada lebih kurang seminggu sebelum menyambut Hari Kemenangan. Tahun ini pelbagai perkara berlaku yang menyebabkan rakyat rasa terbeban seperti pelaksanaan GST, kenaikan harga minyak, kenaikan tol dan kenaikan harga barang (sekadar menyebut beberapa isu).

Oleh yang demikian menjelang musim perayaan ini, janganlah kita tambah lagi beban tesebut dengan tindakan-tindakan yang tidak wajar dari diri kita sendiri. Beberapa hari ini semakin kerap kita dengar dan baca berita nahas jalan raya dan sudah keluar berita-berita tentang kanak-kanak putus jari, putus tangan disebabkan bahana mercun.

SMS/WHATSAPP 0173439747 UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sekadar peringatan kecil dari penulis, kepada yang akan memandu pulang ke kampung, terutamanya perjalanan jarak jauh, sentiasa pastikan keadaan kereta anda "tip-top" sebelum memulakan perjalanan ke kampung. Semasa di atas jalan raya, sentiasa ingat jalan raya bukan Litar F1 Sepang atau mana-mana litar F1 di dunia ini. Kampung anda tidak lari ke mana-mana. Jangan tidak perlu terlalu tergesa-gesa dalam pemanduan.

Kredit: Dierliufeng
Kepada ibu bapa, pastikan anak-anak sama sekali tidak memiliki, memegang atau bermain apa-apa jenis mercun (bunga api yang biasa-biasa mungkin tak mengapa, tapi itupun perlu pemantauan ibu bapa). Anda sudah pasti tidak mahu anak-anak anda beraya tidak cukup tangan, tidak cukup kaki atau tidak cukup jari.

SMS/WHATSAPP 0173439747 UNTUK TAHU BAGAIMANA CARANYA

Bab perbelanjaan, apa yang penulis boleh katakan, cubalah berjimat sedaya yang boleh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang, memang ramai (bukan semua) rakyat yang terasa kepayahannya. Hendak menyambut perayaan sebegini, walau kita telah berusaha sedaya upaya untuk berjimat, pada satu peringkat akan tetap terasa keadaan "terdesak".

Pendek kata, janganlah kita mencari penyakit menjelang Aidilfitri ini.

Selamat berpusa semua.
Jangan Cari Sakit Menjelang Musim Perayaan Jangan Cari Sakit Menjelang Musim Perayaan Reviewed by faizalnizam on July 10, 2015 Rating: 5

8 comments:

  1. Betullah bagai dikata. Jangan keseronokan raya berakhir dengan trajedi. Atau hutang keliling pinggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita beringat dan saling mengingati sesama kita semua.

      Delete
  2. Hairan betul. Masih boleh terlepas barang terlarang dan dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu bro. Ada "jalan-jalan"nya yang membolehkan barang-barang sebegitu masuk.

      Delete
  3. Semoga tiada kes2 besar lagi yang melibatkan mercun tahun ini.
    Perayaan untuk disambut dengan gembira bukannya bersedih.

    Jaga diri kawal perbelanjaan juga.

    ReplyDelete
  4. hmmm aku dah berapa tahun ek tak main mercun

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.