Widget Random Post No.

FIFA Mesti Denda dan Hukum
FAM Seberat-Beratnya

As-Salam para pembaca yang budiman. Selepas Malaysia tumpas 0-10 kepada UAE, kita dikejutkan pula dengan sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penyokong pasukan bola sepak negara yang membaling suar dalam perlawanan Arab Saudi - Malaysia yang menyaksikan Malaysia kalah lagi dan kekal di tangga tercorot kumpulan. 

FIFA semestinya akan mengambil tindakan terhadap FAM. Sudahlah pasukan negara kalah lagi, di tangga tercorot kumpulan pula, ditambah dengan perangai buruk sebahagian penyokong, pentadbiran FAM yang entah apa-apa, jadi ke manakah sebenarnya hala tuju bola sepak Malaysia?

Imej: Google

Sekadar pemain dibayar gaji ribu-ribu puluh puluh ribu atau ratus ratus ribu tetapi kualiti bola sepak Malaysia masih menghampakan. Apakah dan adakah program perancangan pembangunan bola sepak negara ada memberi kesan? 

Apa pula tindakan Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan berkenaan mutu bola sepak Malaysia? Sampai bila bola sepak negara akan terus begini? Banyak lagi soalan yang nak ditanya, tetapi kalau begini keadaannya, dibimbangi bola sepak satu hari nanti tidak diperlukan lagi dalam Malaysia. Atlet -atlet kita dalam sukan dan acara lain sebenarnya lebih menonjol tetapi kurang pendedahan media. Salah siapa? 
FIFA Mesti Denda dan Hukum
FAM Seberat-Beratnya
FIFA Mesti Denda dan Hukum<br> FAM Seberat-Beratnya
Reviewed by faizalnizam on September 09, 2015 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.