Widget Random Post No.

Hanya Kerana 10 Minit

Saya selalu mengingatkan diri saya sekarang betapa kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita dapat, tetapi itu tidak bermakna saya menolak hakikat yang kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Kita tetap mesti berusaha tetapi jika belum dapat apa yang dihajatkan, bersyukurlah dengan apa yang kita masih ada. Jangan persoalkan pemberian Allah.

Jadi apa yang hendak saya kongsi hari ini ialah saya bersyukur tinggal di "hometown" saya sekarang. Sebuah pekan kecil dalam negeri Perak yang dinamakan sebagai Pekan Gerik. Walaupun tarafnya sudah menjadi bandar tetapi saya lebih "prefer" panggilan lamanya iaitu Pekan Gerik. Di Gerik ini tiada Bank Islam tetapi saya tidak salahkan keadaan itu kerana sebagai sebuah pekan kecil, Gerik tak bisa punya setiap jenis bank. 

Jadi demi menguruskan urusan yang hanya mengambil masa 10 minit iaitu permohonan untuk mendapatkan kad ATM Bank Islam yang baru, pagi tadi saya keluar rumah seawal jam 720 pagi menaiki bas ke Baling, Kedah. Perjalanan mengambil masa selama sejam lebih dan saya sampai di Baling sekitar 840 pagi. Kemudian saya perlu menunggu hingga Bank Islam dibuka pada jam 930 pagi. Selesai mengisi borang dan ambil nombor., giliran saya sampai sekitar jam 950 pagi. Dalam 10 minit sahaja saya sudah dapat kad yang baru, bermaksud itu sudah pukul 10.

Kemudian saya "breakfast" sebentar di kedai berhampiran selama 20 minit menyebabkan saya terlepas bas untuk pulang ke Gerik yang bertolak jam 1015 pagi. Maka saya terpaksa menunggu sejam lagi kerana bus seterusnya pada 1115 pagi. Alhamdulillah saya sampai di Gerik sekitar 1240 pagi tengahari. Hanya kerana urusan yang mengambil masa 10 minit saya telah gunakan masa selama lebih 5 jam. Menarik bukan? Walaupun Gerik tiada Bank Islam, saya tetap sayangkan Gerik saya. Sebuah pekan yang tenang untuk mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk kota metropolitan. :D

p/s: Soalnya mengapa ke Baling? Kerana Baling tempat yang paling dekat dengan Gerik yang ada Bank Islam. :)
Hanya Kerana 10 Minit Hanya Kerana 10 Minit Reviewed by faizalnizam on June 30, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. hehe.huish penat nyer.pade hal urusan nyer 10 minit je.kacihan.:)

    ReplyDelete
  2. yeay!! baling kampung saya!!

    ReplyDelete
  3. wah jauh betul tu,

    tapi takpe, berkorban sebab lepas ni duit banyak nk msuk kt bank islam kan??? haha

    ReplyDelete
  4. @8108448852476872492.0

    memang penat tp sib baek dpt makan cendol pastu.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. @9193034241851181639.0

    hahaha.. yeke? kampung sedari iyllienaz rupenye..

    ReplyDelete
  6. @3809357689541414937.0

    nak buat camne NK.. itu yg paling dekat.. hehehe.. takde la byk sgt nk masuk.. ada la sikit.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.