Widget Random Post No.

500 Blog

Bro Ben Ashaari sedang melakukan pencarian 500 blog. Maka saya memutuskan untuk menyertai segmen ini. Ini adalah segmen kedua yang saya sertai selepas Segmen Redah Aku dan Kau Punya.

Segmen ini berdasarkan entri Bro Ben dipanggil segmen 500 Blog

Serba sedikit tentang diri saya dan tujuan menjadi blogger ::

Saya senang dengan panggilan Fyzal dan saya baru sahaja menamatkan Ijazah Pertama dalam Pengajian Undang-Undang dan bermula Januari hadapan saya akan menyambung pelajaran dalam Ijazah Professional atau lebih dikenali sebagai B. (Hons.) of Law atau LL.B.

Saya mungkin kerap menulis entri-entri yang serius-serius tetapi saya bukanlah seserius seperti entri yang saya tulis. Cuma apabila menulis, saya kehilangan "sense of humour" saya. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan masa luang saya, saya habiskan dengan blog, Rubik's Cube dan buku-buku. "Manchester United die hard fan" adalah satu lagi label pada diri saya.

Saya menjadi blogger bersebab kerana apa pun yang kita lakukan mesti bersebab. Sesuatu yang terjadi pun bersebab dan berakibat. Makanya tujuan saya menjadi blogger, selain menambah maklumat, saya juga ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan perasaan-perasaan saya. Saya mahu belajar bagaimana orang lain menulis dan saya mahu melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif kerana lain blogger lain pendekatannya.

Dan dunia blogging sesuatu yang mengujakan.Itu satu sebab lagi mengapa saya menjadi blogger.
500 Blog 500 Blog Reviewed by faizalnizam on December 26, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. you have a very nice blog here...

    ReplyDelete
  2. @ayuni
    thank you for being here and follow this blog :)

    ReplyDelete
  3. mamat pun dh join..
    salam perkenalan dari mamat..
    jangan lupa follow aw..nnti sedih mamat..huhu

    ReplyDelete
  4. @matika
    orait mamat. and thanks for coming here.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.