Jika saya ditanya mengapa saya masih meletakkan entri sejarah begini walhal kebanyakan kita sedia maklum berapa kerat sangat yang meminati sejarah. Maka saya akan kata, cukup ada sekadar beberapa orang yang masih mahu membaca sejarah kerana orang yang mahu membaca sejarah itu adalah orang yang sedar diri, yang mahu belajar mengenal jati diri dan orang yg mahu belajar menghargai negara sendiri.
Maaf jika jawapan itu melukai mereka yang membenci sejarah. Barangkali kita boleh sama-sama mula membaca, mengenal dan menghargai sejarah. Jika kamu sekadar mahu membaca pun sudah memadai kerana itu menunjukkan kamu ada sifat ingin tahu tentang negara kita ini.
Ah, terpanjang pula mukadimah saya. Peristiwa yang berlaku pada hari ini 23 Disember, tidak keterlaluan jika dikatakan peristiwa terpenting yang membawa kepada pembinaan perundangan negara kita, Malaysia. Jadi teruskan membaca.
23 Disember 1946
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Diumumkan
Pada hari ini 23 Disember 1946, Perjanjian Persekutuan yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah diumumkan oleh Kerajaan British.
Perjanjian ini penting bukan sahaja kerana ia memansuhkan Malayan Union tetapi juga menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali.
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak bulan Jun hingga awal bulan Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
Di antara lain Perjanjian Persekutuan menyatakan:
Perjanjian Persekutuan juga menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal-hal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing.
DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan Inggeris.
Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari ini kita kenalinya sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan telah beberapa kali digubal. Ini adalah asas perundangan Malaysia. Mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah "null and void".

- Persekutuan Tanah Melayu akan dianggotai oleh sembilan buah negeri-negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Untuk kepentingan politik dan keselamatan, Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Tanah Melayu dan dijanjikan sebuah Koloni Inggeris.
- Perkara yang tidak kurang pentingnya terkandung dalam dokumen itu ialah pembukaan Dewan Perundangan Persekutuan yang akan diwakili oleh semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Dewan Perundangan Negeri akan mengikut peraturan yang serupa dengan Dewan Perundangan Persekutuan.
- Mengenai kewarganegaraan, Perjanjian Persekutuan memberi dasar yang longgar. Di antara lain orang-orang yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanahairnya akan diberi kewarganegaraan dengan beberapa syarat tertentu.
Perjanjian Persekutuan juga menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal-hal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing.
DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan Inggeris.
Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari ini kita kenalinya sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan telah beberapa kali digubal. Ini adalah asas perundangan Malaysia. Mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah "null and void".
Hari Ini Dalam Sejarah: 23 Disember 1946
Reviewed by faizalnizam
on
December 23, 2010
Rating:
Assalamualaikum! bagus apa ni. Kalau buat setipa hari, dapat tambah pengetahuan diri serta meningkatkan lagi jati diri bangsa dan cintakan negara.kan? sejarah itu penitng..kalau yang lupa, memang tak layak la hidup. hehe..
ReplyDeletep/s: sejarah yg 'membentuk'kita, betul tak? hehe.
@namaku annonymous
ReplyDeletebro amir izzat rupanya.. hahaha.. yerp bro.. sejarah yang membentuk kita. jika tiada yg lama, manakan ada yang baru.
banyak benda boleh belajar dr sejarah. kita berubah pun kerana adanya pengajaran drpd sejarah :)