Widget Random Post No.

Pagi Ini Sarapan Apa?

Saya menulis entri ini seawal 7.13 pagi. Pagi ini terpaksa bersarapan dengan oat dengan harapan boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Hari ini mesti ke hopsital lagi untuk mengambil tekanan darah.
Semalam tekanan 140/85. Harap-harap hari ini akan ada pengurangan. 

Saya rasa kita sudah sedia maklum kebaikan bijiran oat ini. Saya pun melakukan carian untuk membaca sedikit sebanyak tentang kebaikan mengambil bijiran oat.


Secara mudahnya, yang saya faham, bijirin oat ini membantu mengawal kolestrol, membantu perjalanan darah yang baik sekaligus meningkatkan tahap kesihatan jantung.

Saya bersarapan dengan bijirin oat yang tidak sedap hari ini. Dan semasa bersarapan tadi, saya baru teringat sudah hampir seminggu saya tidak membeli dan makan biskut oat krunch yang sedap itu.

Saya ada terbaca satu entri blog mengatakan dengan mengambil sarapan bijirin oat dan epal merupakan cara terbaik untuk memulakan hari anda dengan baik. Setiap hari. Tetapi saya tidak pasti jika saya mampu bersarapan bijirin oat setiap hari.

Walaupun begitu, dalam keadaan tekanan darah yang begitu, saya rasa ada kemestian untuk mula membiasakan diri dengan bijirin oat sebagai sarapan dan mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang sedap di lidah tetapi tidak "sedap" untuk kesihatan.
Pagi Ini Sarapan Apa? Pagi Ini Sarapan Apa? Reviewed by faizalnizam on December 23, 2010 Rating: 5

9 comments:

  1. mmg kamu jenis tekanan darah tggi kowt incik fyzal~
    jadi betul2 kene jage ~~
    hurmm~

    ReplyDelete
  2. salam ..pagi ni akan makan roti canai je...tapi doktor kata..roti canai tinggi colestrol

    ReplyDelete
  3. ohh sampai sekarang amat susah bagiku menelan oat..hehee

    pssst : tengkiu ya sebab dah linkkan blog cikbelog >.<

    ReplyDelete
  4. suke biskut oat.tapi tak suke makan mcm kat gamba tuh.hehehe -_______-"

    oh,moga tekanan darah stabil. :)

    ReplyDelete
  5. salam fyzal..


    lama tak menyinggah..sihat ke..
    ooh makan oat pun sedap jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. @anis izyan
    saya pun rasa begitu juga cik anis. sebab rekod darah saya pernah capai 150/100 :(

    saya akan mula sarapan oat setiap hari bermula pagi tadi :)

    @abu luqman
    roti canai memang layan bro. sekali sekala takpa. jgn selalu2. hehehe.

    @cikbelog
    saya ni terpaksa juga menelan oat. hehehe

    pssst: sama-sama cikbelog. no problem :)

    @hanisah
    oat kat gambar tu memang tak best pun.

    thanks. saya pun harap ia akan kembali stabil.

    @adinda amy sensei
    salam cik amy.

    lama tk nampak cik amy. saya sehat shj.
    oat kalau letak susu pekat manis, boleh jadi sedap :)

    ReplyDelete
  7. sarapan oat ni memerlukan disiplin tinggi, bukan semua org suka luangkan masa buat oat, yela, kena masak air, tuang air panas dalam oat yg ada susu dan gula sedikit..lepas tu tunggu sat..maksudnya kalau dia nak sarapan oat, kena bgn awl,

    tapi bg penggemar maggi, oat ni 2 min je..:D

    ReplyDelete
  8. oh apa kata ko usha blog ni bro..
    niche pasal kesihatan buah pinggang, tapi berkaitan juga dgn tekanan darah..

    http://buahpinggangsihat.com/

    ReplyDelete
  9. @tengkorakemas
    aku pun kena start makan oat selalu ni bro. nk control darah. aku pun konpius camna darah boleh naik tinggi. alhamdulillah, hari ni ada turun sikit.

    and thanks for the web bro. aku bookmark as reference aku :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.