Widget Random Post No.

Pencapaian PMR Meningkat

Saya percaya debaran sudah berakhir sebenarnya. Adik-adik PMR pasti semuanya sudah tahu keputusan masing-masing. Kepada yang berjaya dengan cemerlang, panjatkanlah setinggi syukur kepada Allah dan jangan lupa diri.

Teruskan usaha dan tingkatkan usaha lagi kerana di hadapan anda, ada SPM pula, kemudian anda akan harungi pula kehidupan universiti yang lebih mencabar. Bukan sekadar mencabar kerana belajarnya susah tetapi juga cabaran-cabaran sosial yang lain.

Buat mereka yang kurang cemerlang, itu bukan pengakhiran kehidupan. Masih banyak ruang dan peluang yang boleh digunakan. Perjuangan mesti diteruskan. Untuk yang akan datang, lakukan perubahan dan berusaha lebih keras.

Tahun ini dilaporkan bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat. Barangkali ini adalah refleksi keberkesanan pendidikan negara kita. Walaupun begitu, usaha mesti diteruskan lagi dalam memajukan bidang pendidikan kebangsaan.

30,863 calon PMR peroleh A semua mata pelajaran

PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

Berita Harian Online
Membuatkan saya terkenang tahun 2001. Rupanya sudah hampir 10 tahun berlalu. Saat mengambil PMR, sangat "nervous". Saat hendak mengambil keputusannya, berkali ganda "nervous". Kenangan zaman persekolahan yang manis dan tak dapat dilupakan.
Pencapaian PMR Meningkat Pencapaian PMR Meningkat Reviewed by faizalnizam on December 23, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. saye sudah membelasah adik saya akibat tak dpt 9A.huahua

    ReplyDelete
  2. @anisa
    janganlah belasah dia. sian kat dia. dia dah usaha dah tu.

    ReplyDelete
  3. adik aku dapat 9A bro, aku p amik siang tadi, dia kat Sarawak :D

    ReplyDelete
  4. @tengkorakemas
    perghhh.. bro.. superb adik ko. tahniah tahniah.. sampaikan tahniah aku kepada adik ko. aku yakin bro sebagai abg pasti ada contribute pada kejayaan adik ko. tahniah pada both of you :)

    ReplyDelete
  5. Time nak ambil result lagi nervous dari masa nak ambil exam.
    Biasalah.


    *Result sentiasa menaik. Penah ke menurun? Kalau asyik menaik je, makin lama peratusan dapat straight A's meningkat. Lagi byk saingan kalau nak masuk sekolah asrama, untuk PMR candidate, dan lagi susah nak dapat biasiswa untuk calon SPM.

    What say you?

    ReplyDelete
  6. @affan ruslan
    thanks bro for that view. it opens my perspective. I've reply my say at your FB wall :)

    thanks buddy.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.