Widget Random Post No.

Macam Manalah Budak-Budak Sekarang Tak Rosak

Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari - pasti kita sudah biasa mendengar peribahasa ini. Walaupun cuma segelintir guru yang melakukan perkara buruk tetapi bak kata peribahasa yang lain, Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.

Harian Metro hari ini melaporkan tentang seorang guru tuisyen yang menyediakan kelas seks dan menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Berita penuh di sini

Mungkin ada yang beranggapan ini sekadar kes terpencil tetapi kes terpencil seperti inilah yang boleh merebak dalam keadaan kita tidak menyedarinya.

Guru sebagai kerjaya yang mulia telah dicemarkan oleh manusia sebegini. Kita bimbang ibu bapa nanti akan hilang kepercayaan kepada guru-guru kita.

Secara tidak langsung kita bimbang suatu hari kelak, beban kesalahan diletakkan di pundak guru-guru apabila gejala sosial di kalangan remaja makin menjadi-jadi.

Ini adalah isu kebangsaan yang tidak wajar dipandang remeh kerana guru punya memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sebuah bangsa dan negara. Moga-moga kejadian seperti ini tidak berulang lagi.   
Macam Manalah Budak-Budak Sekarang Tak Rosak Macam Manalah Budak-Budak Sekarang Tak Rosak Reviewed by faizalnizam on December 14, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. nauzubillah.. kenapalah cikgu ni mencermarkan profesion keguruan... ? dah sangap sangat tengok sendirilah!

    ReplyDelete
  2. @amira
    apa masalah cikgu tu sebenarnya pun entah. sanggup merosakkan pelajar sendiri sebegitu rupa.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.