Widget Random Post No.

McDonald Kena Saman

Saya memang dah lama berzaman tak makan di McD dan saya tidak ingat pun bila kali terakhir saya makan di sana. Malam ini terasa seperti tandus sedikti idea untuk menulis entri. Jadi apa kata kita baca cerita McD disaman. Ini bukan berlaku di Malaysia.

Ibu saman McDonald's kerana Happy Meals

LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung.

Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah.

Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP

Berita Harian Online
McDonald Kena Saman McDonald Kena Saman Reviewed by faizalnizam on December 16, 2010 Rating: 5

8 comments:

  1. bagust mak die..
    tp saman atas sbb mcm tuh..
    diterime ke?

    ReplyDelete
  2. salam..he2..baru semalam makan mcd...

    ReplyDelete
  3. aku selalu makan aiskrim mcd je..tapi kalau bab fast food ni..kfc jela yg selalu aku p, lagipun aku ada kad kfc snax, kumpul point..

    hm..permainan memang satu tarikan utk kanak2..kfc pun ada

    ReplyDelete
  4. Rumah aku paling dekat kfc.
    kayuh basikal pun boleh.

    ReplyDelete
  5. ahhaha...orang bisness memang kne ada skill tarikan mcam 2...xkan nak bisness x de idea kreatif macam mana nak bagi orang tertarik...haihh...anak dia yang nak makan mcd nak salahkan mcd lak..hahha... dalam law mak dia mana boleh saman macam 2. and nak kata makanan x berkhasiat dah sedia maklum ianya makanan segera. macam macam ehhh...comel je perangai macam 2...hahha

    ReplyDelete
  6. wow memang tabik la ngn pompuan tu..
    bagus2..memang betul pun..
    kat malaysia tak de ke org nak sman mc'd??

    ReplyDelete
  7. @anis izyan
    saman memang boleh saman tp samada dia berjaya atau tidak dalam saman tu kita tak tau lagi.

    dalam kes mcm ni, saya pun tak pasti dia ada "locus standi" atau tak. maybe McD akan buat preliminary objection yg mengatakan perempuan tu tiada locus standi utk saman McD.

    that's just my opinion.

    @honeybunny
    haaa. mesti makan prosperity kan??

    @tengkorakemas
    aku suka pie McD tu. hehehe. kfc pun aku dah jarang2 bro. sekali sekala je kalau dah teringin sangat :)

    @ali ridha
    kalau camtu bro. hari-hari tibai kfc la. tp boleh kopak la camtu. hahaha.

    @ain atika
    basically patutnya dia la kena control anak dia kan. hehehe. apesal nak salahkan orang yang menjual plak. kalau camtu senang la. asal anak buat perangai je, terus saman peniaga. tp actually court akan tentukan juga dulu samada dia ada locus standi utk menyaman atau tak.

    kalau ada locus standi, baru court akan proceed untuk dengar claim dia.

    @azmi
    orang putih memang suka saman menyaman. orang kita pun dah mula suka saman menyaman. tp tula, takda sapa2 lagi yg nak try saman McD.. hehehe.

    ReplyDelete
  8. berat badan pun boleh naik.kalau selalu ke kfc.hahaha....

    dekat luar negara depa berani main saman orang.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.