Widget Random Post No.

25 Tahun Tidak Pernah Rasa Nasi Lemak | Sup dan Milo Makanan Utama

Sekiranya kebanyakan daripada bersarapan dengan menikmati kenikmatan nasi lemak atau roti canai atau pelbagai makanan yang lain, maka sangatlah wajar bagi kita mensyukurinya, kerana tidak bagi Mohd Aidil Amri Saa’din yang tidak pernah tahu bagaimana rasa nasi lemak atau makanan berbentuk pepejal yang lain.


Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.

[sumber:berita harian]

Kalau kita rasa dalam hidup ini ada banyak perkara yang kita mahu tetapi tidak dapat, itu cuma secebis kekecewaan daripada seluas-luas kehidupan kerana masih banyak nikmat Tuhan yang kita rasa sepuas-puasnya tetapi kita yang tidak sedar dan tidak mahu menyedarinya.

[p/s: syukur kepada Allah, sesudah Subuh awal pagi tadi memulakan hari dengan sebungkus nasi lemak dan sekeping puri]
25 Tahun Tidak Pernah Rasa Nasi Lemak | Sup dan Milo Makanan Utama 25 Tahun Tidak Pernah Rasa Nasi Lemak | Sup dan Milo Makanan Utama Reviewed by faizalnizam on June 12, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. Terima kasih untuk peringatan ni bro.
    Bersyukur lah dgn apa yg ada, jgn byk mengeluh

    ReplyDelete
  2. @affan
    tiada masalah brother. yang baik-baik kita ingatkan. yg kurang baik kita tegurkan.

    ReplyDelete
  3. oh aku ada baca semalam, hanya minum sup dan susu coklat je kan, tapi mujurlah dia cukup sihat

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.