Widget Random Post No.

"File-Sharing" Sebahagian Daripada Jiwa Kita | Mengapa Dihalang Sebenarnya?

Kalau kita perhatikan, isu-isu domestik yang ketara, selain kisah-kisah politik yang kadang-kala menggelikan hati, ialah isu hakcipta/cetak rompak, rasuah, buang bayi. Memang banyak lagi isu domestik lain cuma tidak kerap atau kadang-kadang sahaja kita baca di akhbar atau di media-media lain.


Terbaru [bukanlah baru sangat sebenarnya], isu hakcipta seakan-akan kembali hangat sejak Kerajaan memutuskan untuk "block" beberapa laman web "file-sharing". Selain impaknya ke atas pihak-pihak tertentu terutamanya pengguna intenet, harus diamati juga sedalam-dalamnya faktor-faktor mengapa "file-sharing" selalu menjadi pilihan pengguna Internet.

Aktiviti "downloading" dari laman web "file-sharing" bukan hanya berlaku di Malaysia, barangkali setiap manusia di atas muka ini pernah melakukannya "once" mereka kenal dengan Internet. Memang benar pengusaha industri akan menghujahkan bahawa mereka mengalami kerugian akibat daripada lambakan produk cetak rompak.

Dan pengguna juga akan menghujahkan yang mereka akan rugi apabila membeli produk asli yang mahal sedangkan mereka boleh mendapatkan bahan yang sama dengan kualiti yang sama secara percuma. Kalau kita ambil contoh lagu-lagu dalam sebuah album. Pengguna mungkin mahu mendengar satu atau dua lagu sahaja dari album tersebut, maka apa gunanya apabila terpaksa membayar harga satu album hanya kerana mahu denganr satu dua lagu. Lebih baik muat turun sahaja secara percuma.

[p/s: dah macam-macam lagi yang perlu dipertimbangkan sebenarnya sebelum laman-laman web itu disekat]
"File-Sharing" Sebahagian Daripada Jiwa Kita | Mengapa Dihalang Sebenarnya? "File-Sharing" Sebahagian Daripada Jiwa Kita | Mengapa Dihalang Sebenarnya? Reviewed by faizalnizam on June 15, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. Biasa download game atau movie yg susah nak didapati di Malaysia... cthnya game Phoenix Wright dan filem Monty Python.

    ReplyDelete
  2. @jo qusary
    benar. jadi sebenarnya method lain perlu dilakukan untuk "cope" dengan masalah ini. mesti ada approach yg takkan menimbulkan kemarahan users macam kita.

    ReplyDelete
  3. file sharing FTW!! sharing is caring!! haha

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.