Widget Random Post No.

Kedai Rakyat 1Malaysia | Pengguna Boleh Buat Perbandingan Harga Barang

Serius, aku tertarik sebenarnya dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia baru-baru ini. Samada ia berbaur politik atau tidak. Itu perkara lain. Kadang kala kita perlu lihat perspektif yang positif juga. Jangan terlalu biarkan ideologi politik meracuni jiwa kita.

Berdasarkan laporan berita yang aku baca, pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat sokongan persatuan pengguna. Makanya, jika mendapat sokongan persatuan pengguna, aku percaya barangkali ada sesuatu yang baik yang akan dihasilkan daripada Kedai Rakyat 1Malaysia ini.

. . . kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

[sumber: kosmo]

Mungkin lebih banyak kedai perlu dibuka supaya akses lebih mudah kepada pengguna. Maka objektif untuk memboleh pengguna membuat perbandingan harga akan tercapai dengan lebih menyeluruh. Aku tidak pasti bagaimana pula peniaga melihat situasi ini. Boleh jadi mereka tidak bersetuju kerana mereka tidak lagi boleh meletak harga yang lebih mahal daripada harga yang diletakkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia.
Kedai Rakyat 1Malaysia | Pengguna Boleh Buat Perbandingan Harga Barang Kedai Rakyat 1Malaysia | Pengguna Boleh Buat Perbandingan Harga Barang Reviewed by faizalnizam on June 24, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. bagus. bagus. leh kite banding mane brg yg terbaik n berpatutan! ekekkee...=p

    ReplyDelete
  2. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.
    Ini ada kempen kesedaran saya buat dlm kesibukan bekerja
    http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.