Widget Random Post No.

Piala Emas CONCACAF Milik Mexico | Musim Gemilang Buat Chicharito

Jujurnya, aku memang tidak mengikuti perkembangan Piala Emas CONCACAF. Maka bila aku buka laman rasmi Manchester United, baru aku tahu Mexico melakukan "come back" dan mengalahkan tuan rumah Amerika Syarikat dengan jaringan 4-2.

Jadi yang aku pedulikan di sini ialah Javier Hernandez. Menang Piala Emas ini mungkin mampu menjadi pengubat luka akibat kekalahan kepada Barcelona di final Liga Juara-Juara.

Musim penuh impian Javier Hernandez berakhir dengan hebat apabila penyerang United itu bersama rakan sepasukan Mexiconya kembali menguasai perlawanan untuk mengalahkan pasukan tuan rumah Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir Piala Emas.

[sumber: manutd.com]

Kejuaraan ini sepatutnya menjadi peniup semangat kepada "Little Pea" untuk beraksi dengan lebih baik pada musim hadapan untuk Red Devils. Kedatangannya ke Liga Perdana Inggeris bagaikan fenomena dan dengan pantas dia meletakkan dirinya dalam senarai penjaring di liga berprestij itu.

Ogos akan menjadi permulaan musim baru. Aku tertunggu-tunggu apa yang Hernandez akan lakukan seterusnya. Apakah musim depan dia akan menjadi kunci dalam meneruskan kejayaan United dalam Liga Perdanan dan Liga Juara-Juara?
Piala Emas CONCACAF Milik Mexico | Musim Gemilang Buat Chicharito Piala Emas CONCACAF Milik Mexico | Musim Gemilang Buat Chicharito Reviewed by faizalnizam on June 27, 2011 Rating: 5

5 comments:

  1. yup2.. chicharito terbaik...
    http://mohamadisamuddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @ibnu isa
    his golden time brother. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. harap musim depan arsenal akan dapat merangkul byk kejuaraan..
    eh citer pasal united ek..hehe

    ReplyDelete
  4. bro, aku bakal terlepas musim tu nanti..teruskan menyokong united bro..

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.