Pagi Khamis dan kita sedang di pertengahan Rejab. Semalam terlena awal tidak berkesempatan untuk cuba melihat fenomena gerhana bulan. Gerhana adalah sebuah fenomena yang hebat hingga ada satu solat khusus yang dilakukan ketika gerhana.
Antara pertama pertama dilakukan pagi ini selain mandi dan solat Subuh ialah tengok lama GengBlogger yang aku sangka sudah kena hack. Bila aku tengok di Twitter Ariff Shah, rupa-rupanya sekadar gimik.
Semalam beberapa laman web kerajaan telah digodam. Mereka digelar "penjenayah" tetapi aku yakin mereka yang menyokong tindakan Anonymous tidak mengklasifikasikan kumpulan tersebut sebagai penjenayah tetapi segolongan manusia yang cuba menyampaikan suara dan amaran kebebasan dalam dunia siber.
Tetapi sudah tentu kebebasan mutlak dalam dunia siber bukan sesuatu yang wajar kerana setiap kebebasan mesti datang bersamanya limitasi/batasan tertentu. Oleh itu undang-undang dan peraturan wujud untuk mengawalnya, tetapi dalam pada masa yang sama undang-undang dan peraturan tidak wajar bersifat terlalu mengongkong hingga menimbulkan kemaraha [tetapi beberapa undang-undang mesti bersifat sangat tegas terutamanya undang-undang yang melibatkan melakukan kecederaan terhadap orang lain].
Walaupun begitu dalam dunia siber, jika undang-undang dilakukan untuk mengawalnya, wajar ada kelonggaran yang memberi keselesaan kepada pengguna Internet. Maka aku tidak rasa menyekat sama sekali beberapa laman web "file-sharing" sebagai satu tindakan yang bijak secara total.
Kesan jangka panjang penyekatan itu - pengguna semakin kreatif dan akan berusaha mencari jalan lain dalam aktiviti perkongsian fail dan aktiviti muatturun mahupun muatnaik. Penyekatan bukan penyelesaian terbaik bukan?

Sekatan Laman Web "File-Sharing" Bukan Penyelesaian?
Reviewed by faizalnizam
on
June 16, 2011
Rating:

Freedom,technology and morality. How irony...
ReplyDelete@anonymous
ReplyDeleteMalaysian's way.. i think so. freedom technology and morality - they just conflicting each other.