Widget Random Post No.

Catatan Ramadan: Kompleks Prima Siswa "Venue" Alternatif Untuk Belajar Dan Diskusi

Petang ini buat pertama kali aku lepak di bangunan Kompleks Prima Siswa yang hakikatnya memang dibina untuk dimanfaatkan oleh para penuntut non-residents seperti aku. Aku bukan lepak kosong tetapi menyambung kerja checking and editing manuskrip buku undang-undang pensyarah aku yang sudah diterjemah dalam Bahasa Malaysia.

Petang redup dan berangin memang mendamaikan. Sekurang-kurangnya tidak membuatkan aku terterkan dalam menyambung kerja aku. Bab 10-12 sedang dalam proses checking and editing. Selepas selesai yang ini, aku perlu terjemahkan Bab 9. Dan aku tidak pasti bila aku akan dapat Bab 13-16. Ini sudah masuk seminggu berpuasa.


Di Kompleks Prima Siswa ini ada Bank Islam dan Pejabat Unit Pengurusan Non-Resident. Dan ada ruang untuk anjurkan aktiviti dalaman, ruang study dan relax. Sekarang baru aku sedar Kompleks Prima Siswa ini ada manfaatnya yang tersendiri. Jadi kalau non-residents UiTM susah hati mahu cari tempat yang sesuai untuk study dan discussion, Kompleks Prima Siswa ini salah satu alternatif yang baik.

Cuaca seperti hendak hujan.
Catatan Ramadan: Kompleks Prima Siswa "Venue" Alternatif Untuk Belajar Dan Diskusi Catatan Ramadan: Kompleks Prima Siswa "Venue" Alternatif Untuk Belajar Dan Diskusi Reviewed by faizalnizam on August 07, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. santai di celah2 bangunan :)

    ReplyDelete
  2. ::naz::
    yes bro. relek2 wat kerja sikit sambil tunggu waktu berbuka ptg td.

    ReplyDelete
  3. awak dah pandai amik gambar.

    ehem.

    ReplyDelete
  4. ::anisa:;
    usaha keras membawa kejayaan. hehehe.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.