Widget Random Post No.

Crime: Terima Rasuah Ubah Pangkalan Data Haji

Dalam proses hendak menunaikan ibadah haji pun ada rasuah terlibat. Kalau dari mula pun sudah ada perkara tidak elok terlibat bagaimana haji itu akan jadi haji yang mabrur.

KUALA LUMPUR: Juruanalisa dan kerani Tabung Haji dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan membabitkan kesalahan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data Sistem Haji dan menerima rasuah bagi membolehkan 27 jemaah yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 dapat pergi pada tahun berkenaan.

Juruanalisa sistem, Afizul Md Yasin, 34, dituduh atas tiga tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian itu di jabatan teknologi maklumat bangunan ibu pejabat tabung haji, antara Jun dan Julai 2010.

Bagi setiap tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan dan dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Sumber: Berita Harian
Crime: Terima Rasuah Ubah Pangkalan Data Haji Crime: Terima Rasuah Ubah Pangkalan Data Haji Reviewed by faizalnizam on February 09, 2012 Rating: 5

1 comment:

  1. Baru tadi tgk berita psl lecturer kolej swasta didakwa atas kesalahan mengambil suapan rasuah oleh pelajar... apa nak jadi dunia ni, tamak haloba berleluasa.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.