Hari Rabu adalah hari yang sedikit tenang buat saya kerana tiada kelas sebelah pagi. Jadi awal-awal pagi saya sempat review sedikit perlawanan bola sepak Inggeris melibatkan United-Newcastle. Selepas blogwalking, tengok-tengok pula akhbar online.
Macam-macam berita ada. Lebih-lebih lagi berita keruntuhan nilai moral dan sosial di kalangan masyarakat kita. Salah satu berita dalam Berita Harian Online pagi ini berkenaan seorang bapa yang merogol anaknya yang OKU.
Hidup dah susah, lepas tu pergi cari susah lagi. Yang dirogolnya pula adalah anak yang OKU. Apa masalah lelaki ni sebenarnya.
Yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh Hakim Kamarudin Kamsun dalam penghakimannya.
Macam-macam berita ada. Lebih-lebih lagi berita keruntuhan nilai moral dan sosial di kalangan masyarakat kita. Salah satu berita dalam Berita Harian Online pagi ini berkenaan seorang bapa yang merogol anaknya yang OKU.
MUAR: Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga orang kurang upaya (OKU), menangis teresak-esak ketika merayu hukuman diringankan dengan alasan ingin bertaubat.
Pekerja kampung berusia 46 tahun dari Parit Bunga, dekat sini, juga bersumpah tidak akan mengulangi kesalahan itu serta akan memohon maaf kepada anaknya yang berusia 15 tahun itu.
Dalam rayuannya, tertuduh tidak diwakili peguam bela meminta mahkamah menimbangkan kesusahan hidup yang dialaminya termasuk mempunyai 11 anak berusia antara setahun hingga 18 tahun yang memerlukan penjagaannya kerana isterinya turut mengalami masalah kesihatan.
Hidup dah susah, lepas tu pergi cari susah lagi. Yang dirogolnya pula adalah anak yang OKU. Apa masalah lelaki ni sebenarnya.
Yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh Hakim Kamarudin Kamsun dalam penghakimannya.
“Cakap memang senang, semua orang boleh cakap dan walaupun sudah mengaku kesalahan, kamu (tertuduh) tidak boleh lari daripada hukuman di dunia dan akhirat, undang-undang tetap undang-undang, mungkin pengakuan bersalah kamu akan meringankan hukuman di akhirat nanti."
“Kalau hidup susah sekalipun, janganlah kamu buat kesalahan seperti yang kamu lakukan kerana biarlah kehidupan susah tetapi hidup dengan harga diri.”
Anak OKU Pun Dibalun
Reviewed by faizalnizam
on
August 18, 2010
Rating:
kesihan anak dia..dahlah oku pastu kena rogol lagi...kan bapak tu sbagai pelindung bukannyer progol...
ReplyDeletehaish macam macam kan skg.so worry.
ReplyDeletetertarik dengan kata2 hakim tu..boleh dijadikan pegangan..
ReplyDelete@6811090202376794915.0
ReplyDeleteyang ni kategori bapak tak boleh pakai.
dunia sekarang. macam2 jadi.
@3297235653522312223.0
ReplyDeletetu la pasalnye shima. sekarang ni benda2 ni kerap jadi.
bapak pun dah tak kenal tanggungjawab sendiri.
@5688699056590801857.0
ReplyDeletememang betul bro. bagus hakim tu.
bagi kata-kata yang menusuk kalbu sikit.
erk? gila binatang.
ReplyDeleteaku tgk OKU pun ada rasa belas kasihan, kadang2 terfikir dan boleh tersentuh gak ketabahan diorg..
Boleh pulak ada org yang buat perkara terkutuk cmni kt diorg ek. na'uzubillah minzalik
@2815851934324518473.0
ReplyDeletebinatang pun sayang anak sendiri kan?