Widget Random Post No.

Penduduk Marah Bantuan Lewat

Dunia sentiasa dilanda dengan pelbagai kejadian dan salah satu daripadanya ialah bencana alam. Jika kita lihat dari konteks negara kita, banjir adalah salah satu bentuk bencana alam yang kerap datang melanda. Walau bagaimanapun bukan bencana alam itu yang ingin dibincangkan di sini.

Apabila berlaku bencana alam dalam sesebuah negara maka menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam tersebut. Di Malaysia saya percaya Kerajaan kita akan seberapa segera mengambil tindakan apabila terjadi bencana alam.

Tetapi di beberapa negara, Kerajaan mereka mungkin tidak sebaik itu seperti yang berlaku di Pakistan. 

SUKKUR: Mangsa banjir di Pakistan mengadakan tunjuk perasaan dan menyekat lebuh raya ke bandar ini kelmarin bagi membantah bantuan yang lewat tiba, mengakibatkan berjuta-juta orang menghadapi masalah ketiadaan air bersih, makanan dan rumah.

Banjir selama dua minggu itu, yang menjejaskan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 170 juta penduduk Pakistan, menyebabkan mereka yang terbabit menjadi berang, keadaan yang berpotensi mencetuskan masalah politik bagi kerajaan yang tidak popular di negara berkenaan.

Beratus-ratus penduduk kampung terperangkap dalam banjir di kawasan sebesar negara Itali, sementara hubungan lebuh raya terputus dan beribu-ribu orang yang kehilangan rumah terpaksa hidup dalam khemah plastik di tepi jalan.

Bantuan gagal sampai pada masa yang dijanjikan berikutan paras air yang semakin naik.

Sumber: Berita Harian Online

Mungkin negara kita kecil tetapi sekurang-kurangnya kita punya pentadbiran Kerajaan yang prihatin berbanding apa yang berlaku di Pakistan. Walaupun begitu, itu tidak bermaksud Kerajaan kita sempurna. Dalam beberapa isu lain, mungkin kita berasa "terkesan" dengan polisi-polisi Kerajaan.

Tetapi di manalah kita boleh berjumpa Kerajaan yang 100 peratus sempurna di dunia ini? Cuma "Kerajaan Allah" sahaja yang terbaik dan sempurna.
Penduduk Marah Bantuan Lewat Penduduk Marah Bantuan Lewat Reviewed by faizalnizam on August 18, 2010 Rating: 5

19 comments:

  1. bantah bantuan? macam merajuk jek.. mesti ade hikmah.. bersyukur je lah sepatutnya

    ReplyDelete
  2. kite kena bersyukur ade negara cmni
    Malaysia

    ReplyDelete
  3. kalau kat negara kita, bencana alam spt tanah runtuh dan banjir memang bantuan cepat sampai...sukarelawan pun ramai...syukur...

    ReplyDelete
  4. bersyukurla berada di Malaysia
    ada lagi yang lebih teruk kan
    setuju dgn fyzal
    kerajaan allah yg terbaik

    ReplyDelete
  5. memang tiada siapa boleh menyaingi kerajaan Allah, bro, dah tgk clash of titan?gelak2 je aku tgk kerajaan dewa dlam cite tu

    ReplyDelete
  6. bersyukur ngn ape yg kita ade..:)

    ReplyDelete
  7. @5765794068023864040.0

    bantahan terhadap kerajaan Pakistan. sebab lambat sgt bagi bantuan.

    kerajaan macam tu, tak lama boleh lingkup tu.

    ReplyDelete
  8. @7705115843210879715.0

    betul betul betul nis.
    Malaysia negara tercinta. :)

    ReplyDelete
  9. @8243356736403559004.0

    betul tu sis. kiranya kerajaan yang kita ada sekarang bolehlah kita sifatkan menjalankan tanggungjawab yang wajib mereka laksanakan.

    tak tau la kenapa masih ada yang kutuk kerajaan sana-sini. kalau ada apa2 tak kena, gunalah saluran yang wajar.

    ReplyDelete
  10. @4412761510422932591.0

    Malaysia aman makmur.
    memang sekali sekala ada masalah.
    itu biasa. mana mungkin air tenang selalu.

    Dengan izin Allah juga kita hidup harmoni di Malaysia ni. :)

    ReplyDelete
  11. Besyukur kita dapat negara malaysia tak seperti negara lain yg kekurangan..

    ReplyDelete
  12. @1139577170627443089.0

    aku dah tengok bro clash of titans. memang lawak la kerajaan dewa macam tu.aku pun tergelak gelak gak. :D

    ReplyDelete
  13. @1523820754626043656.0

    yerp bro. :)

    ReplyDelete
  14. @8565596867621014474.0

    Alhamdulillah. We live in the peaceful Malaysia. :)

    ReplyDelete
  15. alhamdullilah negara kita tak teruk mcm tu kan..ada apa2 bencana sekjp je bantuan tiba..:)

    ReplyDelete
  16. @2678227955701898712.0

    betul tu bro derus.
    takde pun orang nak merusuh rusuh sebab bantuan lambat sampai.

    ReplyDelete
  17. @4093219215952425690.0

    amin! :)

    ReplyDelete
  18. @Fyzal

    mcm2 org barat ni pikir haha

    p/s:bro dah lama nak tanya, permalink sebelah reply tu apa fungsi?

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.