Widget Random Post No.

Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh; 7 Mei 2015 Hari Pengundian

As-Salam para pembaca. Hari ini para pengundi di Parlimen Permatang Pauh (P.44) keluar menunaikan kewajipan mereka bagi memilih calon yang mereka juga untuk menjadi suara dan perjuangan para penduduk Permatang Pauh di dalam Parlimen.

Tumpuan sudah pasti kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan suaminya Anwar Ibrahim. Dan jika beliau memang, perkara tersebut bukan sesuatu yang memeranjatkan dan sememangnya sudah boleh diteka-teka. Samada Suhaimi Sabudin adalah calon terbaik untuk mengalahkan Dr. Wan Azizah; jawapannya hanya akan kita tahu bila mana pemenangnya diumumkan. Permatang Pauh kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan dua lagi calon adalah Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia dan Salleh Isahak selaku calon Bebas.

Kredit: Straitstimes

Kekecohan di Pusat Mengundi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh


Terdapat laporan akhbar bahawa berlakunya kekecohan di sekurang-kurangnya empat pusat mengundi. Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan cedera ditumbuk di salah satu daripada empat pusat mengundi tersebut. Berikut adalah empat pusat mengundi yang dimaksudkan:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa;
2. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti;
3. Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya; dan
4. Pusat mengundi Tanah Liat.

(sumber: Utusan Online)

Jika kekecohan tersebut benar-benar berlaku sehingga menyebabkan kecederaan, hal ini merupakan situasi negatif yang kita tidak ingin lihat. Proses pengundian adalah satu proses yang demokratik yang wajar dihormati seadanya. Tidak dapat dipastikan jika ada laporan telah dibuat berikutan daripada kekecohan di keempat-empat pusat mengundi berkenaan.

Peratus Keluar Mengundi Tidak Sampai 50% (Setakat 1.00 Petang)


Akhbar melaporkan berdasarkan sumber daripada SPR, jumlah pengundi yang telah keluar membuang undi setakat jam 1.00 petang tidak sampai 50% iaitu seramai 35,752 orang. (sumber: Live Utusan Online) Walau bagaimanapun angka dan/atau peratusan itu dijangka meningkat menjelang petang sehingga proses pembuangan undi selesai.

Barangkali sebahagian pengundi di Permatang Pauh memilih untuk keluar sebelah petang untuk membuang undi. Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan bahawa hari ini 7 Mei 2015 diisytiharkan sebagai Cuti Umum, tetapi bukan semua penduduk Pulau Pinang dapat memanfaatkan Cuti Umum hari ini.

Peratusan Keluar Mengundi Semakin Meningkat Menjelang Petang


Setakat 2.00 petang, berdasarkan sumber daripada SPR, dilaporkan bahawa jumlah pengundi yang telah keluar mengundi adalah seramai 40,173 orang (55.88%). Pengundi berdaftar dan layak untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh kali ini adalah seramai 71,890 orang. Lebih separuh daripada angka tersebut telah menunaikan kewajipan mereka.

bersambung ...
Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh; 7 Mei 2015 Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh; 7 Mei 2015 Hari Pengundian Reviewed by faizalnizam on May 07, 2015 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.