Widget Random Post No.

Baca Ini Jika Anda Peminat Kicap Cap Kipas Udang

Berhati-hati apabila anda membeli kicap Cap Kipas Udang kerana terdapat produk tiruan di pasaran. Sebanyak 3360 kicap Cap Kipas Udang tiruan dirampas semalam di Seremban.

Bahan makanan tiruan tidak sama seperti membeli perisian komputer cetal rompak kerana bahan makanan tiruan bukan sahaja sifatnya yang tidak asli malah mungkin akan membahayakan kesihatan.

. . . Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran ZFISB, Hasnah Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan kicap tiruan.

“Kicap asli kita dijamin halal dan selamat kerana menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat, manakala kicap tiruan itu pula tidak diketahui kaedah penghasilannya dan kesannya kepada kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hasnah berkata, walaupun mengesan penjualan kicap tiruan itu sejak tiga bulan lalu, rampasan di Seremban semalam adalah yang pertama dan pihaknya kini bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk membuat lebih banyak serbuan.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.

Berita penuh di sini

Maka, sekiranya anda adalah orang yang suka akan kicap Cap Kipas Udang, pastikan anda perhatikan dulu dan pastikan ianya produk asli.
Baca Ini Jika Anda Peminat Kicap Cap Kipas Udang Baca Ini Jika Anda Peminat Kicap Cap Kipas Udang Reviewed by faizalnizam on December 14, 2010 Rating: 5

10 comments:

  1. @cik diana
    glad to share the info cik diana

    @miss lolly
    make sure beli yang original ye miss lolly. jgn terbeli yg tiruan pulak.

    ReplyDelete
  2. memang wajib ada di rumah..alahai..macam mana boleh ada yg tiruan..tak syok ar...aduh2... kena hati2 la beli pasni...

    bro,apa tanda yg dia tiruan?

    ReplyDelete
  3. oh.. mekasih.. huhu.. jarang pulak beli kicap ni.. niway.. tq

    ReplyDelete
  4. Aku lebih suka sos...hehe suka ke bro?

    ReplyDelete
  5. @amir izzat
    aku pun pelik. kicap pun nk ciplak. memang kena berhati-hati kalau bro mmg guna kicap ni. nak kenal dia senang. cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.

    @amira
    kalau jarang tkpe. nak selamat beli jenama lain :)

    @tengkorakemas
    aku pun tak suka kicap bro. sejak masuk sek asrama masa umur 13 dulu, memang jarang sgt la nk kicap2 ni.

    ReplyDelete
  6. ffuuuuu~~
    penutup tuh petande die ori ke tak eeiiy..ok2x
    tQ2

    ReplyDelete
  7. @anis izyan
    yerp.. penutup tu tanda nya. :) so pasni kalau beli, check dulu ok.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.